BENGKEL KRAFTANGAN




Satu bengkel kraftangan diadakan pada 19 Oktober 2009 khusus untuk pelajar-pelajar tahun 6 SKPP. bengkel kraftangan ini diadakan di perpustakaan SKPP dibantu oleh beberapa orang guru yang mengajar tahun 6.
Naskhah surat khabar lama digunakan untuk membina kraftangan tersebut seperti cawan, pasu bunga dan sebagainya. Murid-murid SKPP ini begitu kreatif menghasilkan pelbagai jenis produk kraftangan daripada surat khabar lama ini.
Hasil kraftangan ini juga akan dijadikan sebagai cenderamata kepada guru-guru SKPP pada majlis jamuan perpisahan akhir tahun nanti.

Read more...

KARNIVAL PERMAINAN LEPAS UPSR







Unit HEM SKPP
khususnya Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah menganjurkan satu program khas untuk pelajar-pelajar lepasan UPSR 2009 pada 13 Oktober hingga 16 Oktober yang lalu. Program ini dinamakan Karnival Permainan Lepas UPSR.
Beberapa jenis permainan telah dipertandingkan iaitu bola sepak, bola baling, bola tampar dan membina kad ucapan berkomputer.
Semua pelajar tahun 6 SKPP berjumlah 45 orang telah menyertai pertandingan tersebut. Para pelajar diberi peluang sama rata untuk mencuba semua jenis permainan yang telah disenaraikan dan inilah kali pertama pelajar wanita SKPP bermain bola sepak. semua penonton yang hadir begitu seronok dengan adanya karnival sebegini kerana dapat mengeratkan silaturrahim.
Keputusan penuh adalah seperti berikut :
JOHAN : BLACK FC
NAIB JOHAN : SOCCER KIDS
KETIGA : SOCCER FC
KEEMPAT : DRAGON SPORT
Tahniah kepada semua pelajar dan juga kepada yang menang.

Read more...

LAWATAN KE RAS BATIK







Pelajar tahun enam yang telah pun menduduki UPSR 2009 yang lalu telah berpeluang untuk melawat ke kilang membuat batik pada 8 Oktober 2009. Kilang yang dikenali sebagai Ras Batik ini terletak di Kampung Parit Penghulu.
Seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru menyertai lawatan tersebut. Mereka berpeluang melihat secara dekat teknik-teknik membuat batik seperti melukis, mencanting dan mewarna batik. Selain itu, para pelajar juga berpeluang mencuba sendiri teknik-teknik membuat batik tersebut.

Read more...

UJIAN SEGAK




Ujian Standard Kecergasan (SEGAK) telah diadakan pada 6 Oktober 2009 bertempat di persekitaran SKPP. Ujian sebegini bertujuan mengenalpasti tahap kecergasan para pelajar samada berada pada tahap kecergasan memuaskan atau sebaliknya.

Terdapat beberapa siri ujian yang perlu dilalui oleh para pelajar semasa ujian ini iaitu :
1. Mengukur ketinggian
2. Menimbang berat badan
4. Tekan tubi
5. Ringkuk badan
6. Melunjur
7. Naik turun bangku


Ucapan terima kasih kepada semua pelajar Tahap 2 yang telah menyertai ujian tersebut serta kepada semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang telah bertungkus-lumus mengawalselia serta menyiapkan ujian tersebut dengan jayanya.






Read more...

PEMBINAAN BANGUNAN BARU SKPP











SKPP telah berusia 51 tahun setelah dibuka pada 1958. Justeru itu, terdapat banyak bangunan yang telah uzur dan sering mengalami kerosakan. Justeru itu, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan menggantikan bangunan lama ini dengan beberapa bangunan yang baru iaitu sebuah bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan 4 tingkat.
Kerja-kerja menaiktaraf dan membinan bangunan baru ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Oleh itu, para pelajar dan guru-guru SKPP terpaksa menghadapi sedikit kesukaran untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana suasana yang agak bising. Namun begitu, warga sekolah melahirkan rasa kesyukuran kerana kesusahan hari ini adalah untuk kesenangan pada masa akan datang.
Semoga warga SKPP tabah menghadapi keadaan tersebut untuk beberapa waktu yang terdekat sahaja ini.

Read more...

PERTANDINGAN KEMAHIRAN UNIT BERUNIFORM







Pada bulan Jun yang lalu, SKPP telah menganjurkan satu program khas untuk unit-unit beruniform yang dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Unit Beruniform yang terdiri daripada uniform Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.



Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mencungkil bakat serta kemahiran jati diri pelajar bergiat aktif dalam persatuan serta semangat berdikari.
Antara program yang telah direalisasikan pada waktu itu ialah
1. Pertandingan memasak sandwich
2. Melukis poster era merdeka
3. Ekspedisi berbasikal
- terbahagi kepada 13 kumpulan
- mencari pokok herba sekitar kampung Parit Penghulu
- khidmat bantu kepada warga kampung
4. Nyanyian lagu-lagu patriotik

Semua pelajar yang terlibat melahirkan rasa bangga dan kesyukuran kerana dapat bersuai kenal dengan penduduk kampung dan menambah ilmu pengetahuan tentang pelbagai perkara yang dikumpul semasa program tersebut.



Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP