KARNIVAL HARI KANAK-KANAK DAN HARI TERBUKA PIBG SK PARIT PENGHULU

Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu akan mengadakan Karnival Hari Kanak-kanak dan Hari Terbuka seperti berikut:

Tarikh : 7 November 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dataran Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka

Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya :

-          Pertandingan mewarna kanak-kanak bawah 10 tahun
(bermula jam 8.30 pagi – 10.00 pagi)
*** peralatan mewarna perlu dibawa sendiri
*** pendaftaran mewarna jam 8.00 pagi
*** terbuka kepada semua kanak-kanak yang berumur 10 tahun dan ke bawah

-          Permainan “Soopa Doopa”
-          Mini “Fun Fair”
a.       Dart
b.      Karom
c.       Bola ping pong
d.      Tuju guli
e.      Baling botol
dan banyak lagi
-          Jualan pakaian terpakai
-          Jualan pakaian muslimah
-          Jualan dan pameran buku
-          Jualan makanan dan minuman
-          Pemeriksaan kesihatan PERCUMA
-          Pembayaran bil utiliti
-          Pembukaan / penambahan akaun simpanan (BSN)
-          Pameran agensi kerajaan dan swasta
a.       AADK
b.      Polis
c.       BSN
d.      Kesihatan
e.      Koko Minda
f.        Permainan kanak-kanak

dan banyak lagi

Sebarang pertanyaan@kemusykilan, sila hubungi :
Cikgu Ariff : 013-5333757
Cikgu Azli : 019-9460574


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.....KITA JUMPA DI SANA......





Read more...

LAWATAN KE KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

29 SEPT - Seramai 40 orang murid dan 4 orang guru SK Parit Penghulu telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 29 September 2015.



Jadual lawatan tersebut adalah seperti berikut :

TARIKH
MASA
AKTIVITI



29 SEPTEMBER 2015 (SELASA)
8.00 pagi

Bertolak dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Melaka
10.30 pagi
Lawatan ke PETROSAINS KLCC
2.00 ptg
Lawatan ke Masjid Negara /Makan tengah hari / solat
3.30 petang
Lawatan ke Muzium Negara
5.30 petang
Bertolak ke Putrajaya
6.30 malam
Menaiki Cruise Putrajaya
8.00 malam
Makan malam / solat di Masjid Putrajaya
9.00 malam
Bertolak pulang ke SK Parit Pengulu
11.30 malam
Tiba di SK Parit Penghulu / bersurai

klik di sini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2015

28 OGOS - Program ambang merdeka diadakan untuk memupuk semangat cinta akan tanah air dan mengenang pemimpin terdahulu dalam usaha untuk membebaskan Malaysia daripada penajajah.
Justeru, pada tahun ini pihak sekolah sekali lagi mengadakan aktiviti ambang merdeka pada 28 Ogos bertempat di dataran perhimpunan SK Parit Penghulu.
Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Md. Rawi bin Mahmud iaitu Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi. Dalam majlis tersebut juga diadakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi pelbagai program yang telah diatur semasa bulan kemerdekaan. Antara program tersebut ialah pertandingan mewarna, pertandingan sketsa, Basikal berhiag, kain rentang patriotik dan kelas patriotik.



Majlis diakhiri dengan acara pelapasan konvoi merdeka yang disertai oleh penunggang motorsikal berkuasa tinggi daripada Merlimau Bikers.


Read more...

PERTANDINGAN SKETSA PATRIOTIK 2015

27 OGOS - Sebanyak 8 buah kelas menyertai Pertandingan Sketsa Patriotik yang telah diadakan pada 27 Ogos 2015 yang lalu di dewan SK Parit Penghulu. Para peserta begitu bersemangat membuat persembahan yang melambangkan kecintaan kepada negara Malaysia.

Kategori A dimenangi oleh kelas PPKI dan Kategori B dimenangi oleh Tahun 5 Efisien.



Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

SEMINAR DIDIK BERSAMA MBSB

22 OGOS - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu sekali lagi dipilih oleh pihak MBSB untuk menjayakan Program Kecemerlangan DIDIK anjuran akhbar Berita Harian.
Program ini dilangsungkan pada 22 dan 23 Ogos 2015 bertempat di Dewan SK Parit Penghulu. Beberapa orang guru yang pakar dalam setiap mata pelajaran di jemput untuk berkongsi ilmu dan tips berguna untuk menghadapi UPSR 2015 nanti.



Seramai 70 orang murid terlibat yang terdiri daripada murid-murid SK Parit Penghulu, SK Sungai Rambai, SK Sebatu dan SK Parit Gantong.

Terima kasih diucapkan kepada pihak MBSB dan Berita Harian.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PELANCARAN CERIA MERDEKA 2015


Read more...

MAJLIS PENUTUP JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-8


Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP