PELANCARAN JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-7

17 MAC 2014 - Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan kerjasama panitia-panitia mata pelajaran sekali lagi mengadakan program Jaguh Sekolah untuk tahun 2014 ini. Pada tahun ini, program sebegini telah memasuki musim yang ketujuh.


Majlis perasmiannya telah diadakan pada 17 Mac 2014 yang lalu bertempat di dataran perhimpunan. Encik Zawawi b. Mohamad iaitu Naib yang DiPertua PIBG telah merasmikan pembukaan program tersebut. Pihak PIBG juga telah menghulurkan sumbangan RM 200. 00 untuk menampung perbelanjaan aktiviti tersebut.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan pada musim ini adalah seperti berikut :


TAHAP 1



JOHAN
1.             Sebuah set “tablet”
2.             Wang tunai RM 50.00
3.             Piala
4.             Kamus
5.             Sijil
NAIB JOHAN
1.             Kereta kawalan jauh
2.             Kamus dwibahasa

KETIGA
1.             Set Playstation
2.             Kamus tribahasa

KEEMPAT
1.             Set jam tangan
2.             Kamus peribahasa

KELIMA
1.     Set Sahibba


TAHAP 2



JOHAN
1.     Sebuah set “Tablet”
2.     Wang tunai RM 50.00
3.     Pakej lawatan sambil belajar
4.     Piala
5.     Kamus
6.     Sijil
NAIB JOHAN
1.             Kereta kawalan jauh
2.             Kamus dwibahasa

KETIGA
1.     Set Playstation
2.     Kamus tribahasa

KEEMPAT
1.             Set jam tangan
2.             Kamus peribahasa

KELIMA
1.     Set Sahibba


Semua murid diminta mengambil bahagian.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

TEMPAT KETIGA BOLA BALING MSSM MERLIMAU

19 MAC - Pasukan bola baling lelaki SK Parit Penghulu telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Baling MSSM Kawasan Merlimau yang telah diadakan pada 1- Mac hingga 19 Mac 2014 yang lalu.
Kejohanan ini telah dilangsungkan di padang Sekolah Kebangsaan Serkam Darat, Merlimau. Penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan SKPP berjaya menewaskan SK Parit Gantong dengan jaringan
6-3.



Berikut ialah keputusan perlawanan tersebut.
1. SKPP lwn SK Sungai Rambai (2-2)
2. SKPP lwn SK Sebatu (0-0)

Suku akhir
SKPP lwn SK Sempang (6-4)

Separuh akhir
SKPP lwn SK Pulai (1-2)

Penentuan tempat ketiga dan keempat
SKPP lwn SK Parit Gantong (6-3)

Tahniah kepada para peserta yang terlibat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN DIRI PEMIMPIN MUDA

24 FEB - Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit HEM dan Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu telah berjaya merealisasikan satu program yang amat bermakna kepada para pelajar SK Parit Penghulu. Program yang dinamakan "Pemantapan Sahsiah dan Ketrampilan Diri Pemimpin Muda" ini disasarkan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengerusi dan Setiausaha Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform serta Permainan.
Tujuan program ini dijalankan untuk membentuk sahsiah diri dan ketrampilan para pemimpin muda, memupuk rasa tanggungjawab dan kerjasama serta menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin muda.



Jam 11.00 pagi, para pelajar mendengar ceramah motivasi daripada En. Mat Sah b. Othman iaitu Kaunselor Pentadbir, Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Seterusnya pada jam 2.30 petang, para pelajar yang berkenaan mengikuti aktiviti Eksplorasi Jati Diri. Dalam aktiviti ini, para peserta perlu melalui enam persinggahan iaitu Belut, Cari Menantu, Baldi Sotong, Sungai Asid, Paip Bocor dan Kutip Getah.
Program ini berakhir pada jam 6.00 petang. Para pelajar begitu seronok dan mendapat pelbagai manfaat daripadanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

MAJLIS PERPISAHAN STAF SKPP 2014

19 FEBRUARI - Kelab Keluarga SK Parit Penghulu mengambil satu inisiatif untuk meraikan beberapa orang guru dan staf sokongan yang tidak lagi berkhidmat di SK Parit Penghulu pada tahun ini. Jasa-jasa dan sumbangan mereka amat dihargai oleh warga SKPP.
Guru-guru yang dimaksudkan ialah En. Ismail b. Md. Sani yang telah berpindah perkhidmatannya ke SK Jasin dan Pn. Nur Yassikin bt. Yabahon yang berpindah ke SK Merlimau 2, manakala Pn. Zee Nur Eliyana yang merupakan PT PO tidak lagi menyambung perkhidmatannya di sekolah ini.
Majlis tersebut telah diadakan pada 19 Februari 2014 pada jam 2.00 petang bertempat di kantin SK Parit Penghulu.


Semua guru serta kakitangan mengucapkan terima kasih serta selamat maju jaya kepada mereka.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MERENTAS DESA

17 FEBRUARI - Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu sekali lagi mengadakan  acara merentas desa pada tahun 2014 ini. Aktiviti ini melibatkan semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 serta pelajar Pendidikan Khas. Acara bermula pada jam 3.00 petang yang melibatkan aktiviti regangan dan senamrobik. Selepas itu, para pelajar di lepaskan oleh Tuan Guru Besar SKPP mengikut kategori masing-masing. Terdapat 4 kategori pelajar iaitu Perempuan B, Lelaki B, Perempuan A dan Lelaki A.
Mereka berlari sejauh tiga kilometer yang melibatkan kawasan perumahan, jalan raya dan sawah padi sekitar Kampung Parit Penghulu. Acara ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan semua bersurai kira-kira jam 5.30 petang.

Senarai nama pemenang adalah seperti berikut :


LELAKI A:
PERTAMA: MUHD NUR FAIZZUDIN B. NAZARUDDIN
KEDUA:  MUHD SYAHMI AISY B. MD DIAH
KETIGA: MUHD AZRIN B. MOHD KHAIRUDIN
KEEMPAT: MUHD IZZUL ISLAM B. IBRAHIM
KELIMA: MUHD SHAFIQ B. GEOFERY
KEENAM; MUHD AZERI B. KHAIRUL ANUAR
KETUJUH : MUHD SHAHRULNIZAM B. A. RAZAK
KELAPAN: MUHD HAIZAN HAZRY B. KAMARUZAMAN
KESEMBILAN MUHD IKMAL B. OTHMAN
KESEPULUH: MUHD AIMAN B. JAMIAN

PEREMPUAN A:
PERTAMA: NUR AQILAH BALQIS BT ABDUL AZIZ
KEDUA:  SITI NUR FATIN AINA BT AZAMAN
KETIGA: NUR LIYANI BT SHAHRIN
KEEMPAT: NUR SURIYANA BT MD DIAH
KELIMA: NURUL NATASYA BT NOORIZAM
KEENAM; INTAN NADIA BT ALBAR
KETUJUH :NUR AZFARINA BT ABD RASID
KELAPAN: AIN NUR BT ISMAIL
KESEMBILAN MAIZATUL SYAFIQAH BT HAZAMAN
KESEPULUH: NUR AIN SERINA BT HAMDZAH

LELAKI B
PERTAMA: MOHD RAFIQ B. HASSAN
KEDUA:  MOHD ADAM ZULKARNAIN B. AHMAD FAUZI
KETIGA: AZNOR SYUHARI B. ZAMANI
KEEMPAT: MOHD DANISH AMMAR B ABD AZIS
KELIMA: BADRUL IMAN B. KAMARUZAMAN
KEENAM; MUHAMMAD ANIQ FIKRI B. HISHAMUDIN
KETUJUH :MUHAMMAD FARIS IMAN B. RADHUAN
KELAPAN: MUHAMMAD SYAHRAN HAKIMI B SAMSAIMON
KESEMBILAN FARDEEN ALBAN ZULKARNAIN B MOHD FAUZI
KESEPULUH: MUHAMMAD MUZAFAR B ABDULAH

PEREMPUAN B
PERTAMA: KAMILAH IZZATI BT ABD KARIM
KEDUA:  AYU ERINA BT. MOHD TAHA
KETIGA: SITI SYAHINDAH BT. A. RAZET
KEEMPAT: NURUL SYAFIZAH BT ABUSAH
KELIMA: ALEEYA MAISARA BT. ZULKIFLI
KEENAM; ALEYA NATASHA BT KAMARUDIN
KETUJUH :NURUL ALIAH FASHIHAH BT MOHD FAIZ
KELAPAN: NUR ATIKAH SOFIA BT ABD RASHID
KESEMBILAN FATIH NUR AZILAH BT LOKMAN
KESEPULUH: NURUL AKILAH BT MUHARAM

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PELANCARAN NILAM 2014

10 FEBRUARI - Aktiviti sempena “Program NILAM dan Pinjaman Kelas Terbanyak” diwujudkan untuk menyuntik kepekaan warga pendidik dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu tentang pentingnya membaca dan merekodkan bahan bacaan dalam buku NILAM.
Objektif program ini ialah :


  • Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat di Pusat Sumber Sekolah

  • Mendekatkan murid- murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan satu amalan pembelajaran sepanjang hayat.

  • Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran.

  • Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.


Lebih menarik lagi, program anjuran Pusat Sumber Sekolah ini menawarkan hadiah sebuah basikal kepada pelajar yang berjaya dinobatkan sebagai tokoh NILAM pada tahun 2014 ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. hamimah bt. Sa'ari yang juga merupakan Guru Besar SK Parit Penghulu.
Semoga dengan berlangsungnya pelancaran NILAM ini memberi lebih semangat kepada semua pelajar untuk membaca dan mencatat bahan bacaan mereka dalam buku NILAM.

Klik disini untuk lebih banyak gambar
 

Read more...

MOTIVASI KEIBUBAPAAN

8 FEBRUARI - Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa seseorang pelajar serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Justeru, adalah menjadi harapan daripada program Motivasi Kecemerlangan diri dan Keibubapaan SK Parit Penghulu 2014  dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik. Hal ini menjadi keutamaan pihak sekolah untuk mencari jalan penyelesaian serta mempertingkat jati diri murid-murid serta ibu bapa yang terlibat. 



Bagi menjayakan hasrat tersebut, unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Kecemerlangan SKPP merealisasikan satu lagi program pencerahan minda yang dikenali sebagai "Motivasi Keibubapaan" pada 8 Februari 2014 yang lalu. Majlis ini diadakan di dewan SK Parit Penghulu. 
Lebih menarik lagi, program ini menampilkan seorang penceramah yang hebat iaitu
Muhammad Fakhrul Islam bin Md Zarin yang merupakan finalis rancangan realiti Pencetus Ummah Astro Oasis.
Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 serta ibu bapa yang hadir begitu teruja dengan kehadiran beliau dan mendapat pelbagai maklumat menarik berkaitan kecemerlangan dunia dan kecemerlangan akhirat. 

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP