LaDaP ke-6 dan Jamuan Hari Raya







SK Parit Penghulu sekali mengorak langkah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-6 pada 25 September 2010 yang lalu. Program pada kali ini mengupas tajuk "Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir".
Penceramah jemputan kali ini ialah En. Fakhzan Akmar dari "Motivation Consultant" berkongsi ilmu tentang potensi diri sendiri melalui tarikh lahir. Beliau menyatakan bahawa kunci kejayaan utama seseorang itu ialah Ilmu, Mentor dan Sistem. Banyak ilmu yang dapat dikongsi pada LaDaP kali ini. Guru-guru begitu terpegun dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan ini.
Pada akhir ceramah ini, PIBG telah mengambil inisiatif untuk mengadakan jamuan hari raya. Kehadiran AJK PIBG amat memberangsangkan dan sekaligus merapatkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa.

Read more...

LAWATAN SEMPENA UPSR 2010




Sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang berlangsung pada 21 -23 September 2010, para pelajar SK Parit Penghulu telah dibawa melawat ke Zoo Melaka untuk menambah pengetahuan dan pengalaman tersendiri tentang hidupan liar.
Seramai 80 orang pelajar Tahap 1 dan 8 orang guru telah turut serta dalam lawatan pada 21 September manakala 44 orang pelajar tahap 2 dan 4 orang guru pengiring telah merealisasikan program tersebut pada 23 September 2010.
Semua pelajar disediakan sarapan pagi sebelum bertolak ke Zoo Melaka kira-kira jam 8.00 pagi. Setibanya di sana, para pelajar melihat secara dekat hidupan liar dan menyaksikan persembahan yang begitu menarik pada jam 11.00 pagi. Sebelum pulang,para pelajar menjamu selera dan tiba di SKPP kira-kira jam 1.15 tengahari.
Terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.

Read more...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Warga SK Parit Penghulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Muslimin dan Muslimat. Sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan.

Read more...

MEWARNA KEMERDEKAAN DAN KHATAM AL-QURAN




Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-53, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah mengadakan pertandingan mewarna untuk semua pelajar. Pertandingan yang diadakan pada 30 Ogos yang lalu mendapat sambutan menggalakkan dari para pelajar.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 3 September yang lalu. Pelajar yang berjaya dalam pertandingan tersebut mendapat hadiah berupa duit raya berjumlah RM10.00
Pada hari tersebut juga diadakan majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian bantuan duit raya kepada anak-anak yatim yang belajar di SKPP. Majlis khatam Al-Quran melibatkan semua guru dan pelajar yang dipimpin oleh ustaz Mohd Nizam.

Read more...

PROGRAM SEMPENA KEMERDEKAAN DI SKPP





1 Malaysia : Menjana Transformasi menjadi inspirasi dan halatuju yang baik untuk warga SK Parit Penghulu.
Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu di bawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan mewarna sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2010.
Program yang diadakan pada 30 Ogos 2010 ini dimulakan serentak pada jam 10.40 pagi. Semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5 mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna tersebut.

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53

Tema Hari Kebangsaan 2010 kali ke-53 ini ialah 1 Malaysia : Menjana Transformasi. Selamat Hari Kebangsaan.



Read more...

GOTONG-ROYONG PERDANA

Tanggal 10 Ogos 2010 telah diadakan gotong-royong perdana di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Program tersebut diadakan sempena menyambut ketibaan Ramadhan dan sekaligus membersihkan persekitaran sekolah.
Program tersebut bermula jam 3.30 petang yang dihadiri oleh guru-guru dan para pelajar SKPP.
Ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong perdana ini. Kesempatan ini juga digunakan untuk memindahkan serba sedikit keperluan pejabat ke bangunan baru yang hampir siap.
Guru besar dan guru-guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.




Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP