KEPUTUSAN PERTANDINGAN JAGUH SEKOLAH
LaDaP ke-4
Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-4 telah berjaya dilangsungkan di Koej Komuniti Jasin, Merlimau pada 10 Julai 2010. Program kali ini melibatkan guru-guru membina landskap dengan kaedah-kaedah serta teknik-teknik tertentu.
Program kali ini sangat menjurus kepada kemahiran dan kreativiti guru-guru untuk mencuba ilmu tersebut di rumah mahupun di sekolah. Pihak sekolah amat berharap pengalaman hari ini dapat digunakan untuk menjayakan landskap sekolah pada tahun 2011 nanti.
Lawatan ke Dusun Dato' Murad
Lawatan PPKI ke negeri Terengganu
Terengganu yang terkenal dengan jolokan "Negeri Cantik Budaya Menarik" telah menggamit para guru dan pelajar SK Parit Penghulu untuk berkunjung ke sana. Hasrat itu direalisaikan dengan terlaksananya program lawatan muhibbah para pelajar dan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ke negeri Terengganu Darul Iman pada 4 Julai 2010 yang lalu.
Peserta rombongan ini melawat beberapa tempat yang menarik di sana antaranya Taman Tamadun Islam, Pasar Kedai Payang, perusahaan keropok lekor, masjid terapung dan sebagainya.
Program 4 hari 3 malam ini banyak memberi input dan manfaat untuk para pelajar dan juga guru-guru SKPP.
Latihan dalam Perkhidmatan (LaDaP) ke-3
Guru-guru SK Parit Penghulu menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-3 untuk tahun 2010. Program kali ini telah diadakan di Ras Batik, Parit Penghulu.
Program yang berlangsung pada 3 Julai 2010 ini menyaksikan guru-guru memaparkan kreativiti dan bakat-bakat mencanting batik. Mereka begitu seronok dan teruja dengan karya-karya yang berjaya dihasilkan dengan hasil titik peluh sendiri.
Hasil kerja yang berjaya disiapkan itu akan ditampal dan dipamerkan dibangunan SK Parit Penghulu yang akan siap menjelang tahun ini.
Sekalung tahniah kepada semua guru SKPP dan terima kasih juga kepada en. Rasli b. Tumin selaku pemilik Ras Batik.
HARI TERBUKA SKPP
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengadakan Hari Terbuka pada 25 Jun 2010 yang lalu. Program sebegini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa. selain itu, ibu bapa dan guru-guru dapat berkongsi maklumat tentang persekitaran sekolah serta perkembangan para pelajar.
Pada hari tersebut juga, ibu bapa diberi sedikit taklimat dan laporan terkini anak-anak mereka. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun juga dimaklumkan pada hari tersebut.
Ramai ibu bapa yang hadir pada pertemuan kali ini. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan motivasi serta hala tuju pembelajaran pelajar SKPP.
