KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KECIL




Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu mengadakan kursus kepimpinan pemimpin-pemimpin kecil unit beruniform pada 27 Jun 2009 bertempat di sekitar kawasan sekolah. Seramai 40 orang pelajar dari kalangan pemimpin-pemimpin unit-unit beruniform dan persatuan telah turut serta dalam program tersebut.
Program sebegini bertujuan mencungkil bakat serta menaikkan semangat para pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan berwawasan tinggi.

Read more...

HARI TERBUKA SKPP

26 Jun- Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengadakan Hari Terbuka untuk pelajar dan ibu bapa. Pada hari tersebut, ibu bapa atau penjaga berkunjung ke sekolah untuk mengambil buku rekod kemajuan pelajar serta bertemu mata dengan pihak sekolah khususnya guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.
Ramai ibu bapa yang hadir pada hari tersebut. Ini menunjukkan komitmen ibu bapa untuk melihat kejayaan serta kecemerlangan anak-anak mereka dalam bidang pelajaran. Selain itu, guru-guru dapat berkongsi cerita dan pendapat tentang prestasi akademik serta sahsiah anak-anak di sekolah ini.
Walaupun hari tersebut adalah hari bekerja, ini tidak menghalang sejumlah besar ibu bapa untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan ini.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan terima kasih juga kepada guru-guru SKPP yang mendidik anak-anak mereka.

Read more...

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI KE-3







Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) bertujuan meningkatkan kemahiran guru-guru dalam pengurusan serta pengajaran pembelajaran untuk sekolah.
Tajuk yang disampaikan pada kali ini ialah Pengurusan Panitia Kurikulum dan Panitia Pelajaran. Kursus ini disampaikan oleh beberapa orang guru SKPP yang terlibat secara langsung dalam urus tadbir pengurusan sekolah seperti GPK 1, GPK HEM serta ketua-ketua panitia.
Banyak maklumat dan ilmu-ilmu baru yang telah disampaikan pada kursus kali ini. Semua guru berasa amat bertuah kerana dapat berkongsi ilmu dan meningkatkan lagi tahap penguasaan pengajaran dalam kelas.

Read more...

PERTANDINGAN PINJAMAN TERBANYAK (MEI)




Pusat Sumber Sekolah (PSS) mengadakan skim khas untuk menanamkan minat murid meminjam buku di perpustakaan SKPP. Program Pinjaman Terbanyak diadakan setiap bulan agar setiap kelas mampu bersaing untuk meningkatkan jumlah bacaan mereka.
Keputusan Pertandingan Terbanyak untuk bukan Mei :
1. Tahap 1 dimenangi oleh Tahun 3 Cemerlang dengan jumlah pinjaman sebanyak 51 buah buku
2. Tahap 2 dimenangi oleh Tahun 4 Dedikasi dengan jumlah pinjaman sebanyak 36 buah buku.
Selain itu, diberikan juga penghargaan kepada peminjam terbanyak setiap bulan dan pada bulan Mei dianugerahkan kepada Mohd Nasru Fadhlin b. Bahari dari Tahun 3 Cemerlang dengan jumlah pinjaman sebanyak 21 buah buku.
Safra Khairina bt. Md. Radzi pula dianugerahkan pengawas perpustakaan contoh untuk bulan Mei kerana menyumbang tenaga yang baik sepanjang bulan tersebut.

Read more...

LATIHAN KEBAKARAN




Pada 27 Mei 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengadakan latihan kebakaran untuk semua warga sekolah samada para pelajar, guru-guru dan juga staf sokongan. Demonstrasi ini adalah untuk menyuntik kepekaan serta kepantasan bertindak sekiranya berlaku sesuatu bencana yang tidak diingini.
Keseluruhan masa yang diambil untuk para pelajar menyelamatkan diri semasa latihan ini adalah selama 7 minit. Pihak sekolah berharap agar catatan ini dapat diperbaiki pada masa-masa akan datang supaya tidak berlakunya kecederaan atau kemalangan yang teruk sekiranya kebakaran sebenar berlaku.

Read more...

JOHAN PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA


Perkhemahan Puteri Islam Zon Jasin diadakan pada 15 - 16 Mei yang bertempat di Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sungai Rambai. 3 orang peserta Puteri Islam SK Parit Penghulu telah berjaya menyahut cabaran untuk merasai sendiri pengalaman perkhemahan tersebut.
Ketiga-tiga pelajar tersebut ialah Nur Iliyana bt. Abu Bakar, Nurul Aqilah bt. Mohd Yusof dan Nurdiana bt. Azli. Para pelajar ini telah juga membawa pulang kejayaan yang baik apabila ditabalkan sebagai Johan Pertandingan Masakan Rimba semasa program tersebut. tahniah kepada semua peserta dan juga guru-guru yang terlibat.

Read more...

KOROBORI PENGAKAP NEGERI MELAKA 2009




Seramai 29 orang peserta pengakap dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah menyertai Korobori Pengakap negeri Melaka yang telah diadakan pada 8 - 10 Mei. Program sebegini adalah untuk meraikan dan mengumpul para pengakap kanak-kanak seluruh negeri Melaka agar bertemu untuk bertukar-tukar pandangan serta mengeratkan hubungan sesama pelajar.
Jumlah pengakap yang menghadari program yang bertempat di Kem Pengakap Melaka ini adalah seramai 500 pelajar. Sungguh bertuah pelajar SK Parit Penghulu yang dapat sama-sama merasai pengalaman korobori tersebut.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP