PERTANDINGAN PINJAMAN TERBANYAK (MEI)




Pusat Sumber Sekolah (PSS) mengadakan skim khas untuk menanamkan minat murid meminjam buku di perpustakaan SKPP. Program Pinjaman Terbanyak diadakan setiap bulan agar setiap kelas mampu bersaing untuk meningkatkan jumlah bacaan mereka.
Keputusan Pertandingan Terbanyak untuk bukan Mei :
1. Tahap 1 dimenangi oleh Tahun 3 Cemerlang dengan jumlah pinjaman sebanyak 51 buah buku
2. Tahap 2 dimenangi oleh Tahun 4 Dedikasi dengan jumlah pinjaman sebanyak 36 buah buku.
Selain itu, diberikan juga penghargaan kepada peminjam terbanyak setiap bulan dan pada bulan Mei dianugerahkan kepada Mohd Nasru Fadhlin b. Bahari dari Tahun 3 Cemerlang dengan jumlah pinjaman sebanyak 21 buah buku.
Safra Khairina bt. Md. Radzi pula dianugerahkan pengawas perpustakaan contoh untuk bulan Mei kerana menyumbang tenaga yang baik sepanjang bulan tersebut.

Read more...

LATIHAN KEBAKARAN




Pada 27 Mei 2009, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengadakan latihan kebakaran untuk semua warga sekolah samada para pelajar, guru-guru dan juga staf sokongan. Demonstrasi ini adalah untuk menyuntik kepekaan serta kepantasan bertindak sekiranya berlaku sesuatu bencana yang tidak diingini.
Keseluruhan masa yang diambil untuk para pelajar menyelamatkan diri semasa latihan ini adalah selama 7 minit. Pihak sekolah berharap agar catatan ini dapat diperbaiki pada masa-masa akan datang supaya tidak berlakunya kecederaan atau kemalangan yang teruk sekiranya kebakaran sebenar berlaku.

Read more...

JOHAN PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA


Perkhemahan Puteri Islam Zon Jasin diadakan pada 15 - 16 Mei yang bertempat di Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sungai Rambai. 3 orang peserta Puteri Islam SK Parit Penghulu telah berjaya menyahut cabaran untuk merasai sendiri pengalaman perkhemahan tersebut.
Ketiga-tiga pelajar tersebut ialah Nur Iliyana bt. Abu Bakar, Nurul Aqilah bt. Mohd Yusof dan Nurdiana bt. Azli. Para pelajar ini telah juga membawa pulang kejayaan yang baik apabila ditabalkan sebagai Johan Pertandingan Masakan Rimba semasa program tersebut. tahniah kepada semua peserta dan juga guru-guru yang terlibat.

Read more...

KOROBORI PENGAKAP NEGERI MELAKA 2009




Seramai 29 orang peserta pengakap dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah menyertai Korobori Pengakap negeri Melaka yang telah diadakan pada 8 - 10 Mei. Program sebegini adalah untuk meraikan dan mengumpul para pengakap kanak-kanak seluruh negeri Melaka agar bertemu untuk bertukar-tukar pandangan serta mengeratkan hubungan sesama pelajar.
Jumlah pengakap yang menghadari program yang bertempat di Kem Pengakap Melaka ini adalah seramai 500 pelajar. Sungguh bertuah pelajar SK Parit Penghulu yang dapat sama-sama merasai pengalaman korobori tersebut.

Read more...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009




Para pelajar SK Parit Penghulu telah mula menduduki peperiksaan pertengahan tahun bermula 19 Mei - 21 Mei 2009 untuk Tahap 1 dan pada tarikh 1 Mei - 22 Mei 2009 untuk tahap 2.
Semua pelajar diuji dengan semua subjek berkaitan mereka seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan sebagainya. Mereka menunjukkan keyakinan dan daya usaha yang tinggi untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Di samping itu juga, kedudukan dalam kelas bagi peperiksaan ini juga akan dikira untuk penjumlahan markah "Program Jaguh Sekolah" yang sedang berlangsung kini.
Menjadi harapan pihak sekolah untuk memastikan kejayaan para pelajar ini dalam peperiksaan yang telah diadakan ini. Semoga semua pelajar mendapat kejayaan yang memberangsangkan.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU SKPP







Sungguh meriah sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu tahun 2009 ini. Pelbagai acara yang diadakan antaranya Bowling Buah Kelapa, hias guru dengan surat khabar, teka belon, bacaan sajak dan sebagainya. Semua guru begitu gembira dan memberi kerjasama yang terbaik untuk sama-sama menjayakan aktiviti yang telah tersedia.



Acara sukaneka telah dimenangi oleh Kumpulan Ixora mengalahkan tiga kumpulan yang lain iaitu Kumpulan Rose, Orchid dan Sunflower. Tahniah kepada Kumpulan Ixora.

Read more...

SAJAK HARI GURU

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu bukuS

emakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP