KURSUS EDUWEBTV UNTUK GURU-GURU




Kursus Eduwebtv diadakan pada 25 April 2009 (Sabtu) bertempat di makmal komputer SK Parit Penghulu. Program ini adalah untuk memenuhi tuntutan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar semua guru didedahkan dengan rancangan-rancangan terkini berkaitan sumber pengajaran dan pembelajaran. Program ini juga adalah untuk melengkapkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP)
Kursus ini telah disampaikan oleh En. Zulkifly b. Mansor selaku Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Sebatu, Melaka. Semua guru diharapkan dapat mengaplikasikan eduwebtv ini untuk rakan-rakan guru serta para pelajar khasnya.

Read more...

KE-4 BOLA TAMPAR KAWASAN MERLIMAU

Kontinjen bola tampar perempuan SK Parit Penghulu telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan bola tampar kategori perempuan bawah 12 tahun. Kejohanan ini telah berlangsung pada 21 April 2009 bertempat di SK Batu Gajah, Merlimau.
Ini adalah kali pertama SK Parit Penghulu menghantar pasukan ke pertandingan tersebut dan merupakan pendedahan awal kepada para pelajar. Semoga pendedahan dan semangat melawan yang ditunjukkan oleh pasukan ini akan menjadi kayu pengukur kepada pelajar-pelajar yang lain. Pasukan lelaki pula sekadar menyertai kerana telah kalah semua perlawanan kepada SK Batu Gajah dan dan SJK(C) Pay Min.

Read more...

MESYUARAT AGUNG PIBG SKPP




Yang Berhormat En. Hasan b. Abdul Rahman (ADUN Kawasan Sungai Rambai) telah sudi merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Parit Penghulu kali ke-35 pada 16 April yang lalu bertempat di kantin SK Parit Penghulu.
Seramai 111 tetamu yang hadir pada mesyuarat tersebut walaupun diadakan pada hari bekerja. Ibu bapa yang hadir memberi pandangan dan teguran yang membina semasa berlangsungnya majlis tersebut. Semua perkara serta usul yang dibentangkan itu akan diperincikan oleh Ahli Jawatankuasa PIBG untuk tindakan seterusnya.
Selain itu, mesyuarat sebegini juga dapat mengeratkan ikatan persaudaraan antara guru-guru dengan ibu bapa dan masyarakat.

Read more...

PERTANDINGAN TEKA MUKA SURAT BUKU

Pusat Sumber SK Parit Penghulu telah menganjurkan Pertandingan Teka Muka Surat Buku sepanjang bulan Mac yang lalu. Sebanyak 973 penyertaan telah diterima dan murid-murid begitu bersemangat untuk meneka jumlah muka surat buku yang sebenar serta ingin meraih hadiah terbaik iaitu sebuah kereta kawalan jauh.
Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut kerana pelbagai hadiah juga disediakan untuk kategori guru.
Pada 13 April yang lalu, keputusan pertandingan tersebut telah diumumkan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Haji Rosli b. Abu Bakar selaku guru besar SK Parit penghulu.
Farah Eleena telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut dengan tekaan muka surat yang tepat bagi buku yang bertajuk "DETIK TENGAH MALAM" dan layak membawa pulang sebuah kereta kawalan jauh manakala Ustaz Mohd Nizam dinobatkan sebagai johan kategori guru bagi buku yang bertajuk "THE BODY'S DISORDERS".
Sekalung tahniah kepada yang berjaya dan terima kasih juga kepada semua yang menyertai pertandingan tersebut.

Read more...

PROGRAM TERAPI KUDA SKPP




Seramai 22 orang murid PPKI bersama 7 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah mengadakan terapi berkuda di Kompleks Sukan Stadium Hang jebat pada 11 April 2009. Objektif terapi ini untuk meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid-murid berkeperluan khas serta merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran. Program ini menggabungkan 3 buah sekolah iaitu SK Parit Penghulu. SK Sungai Rambai dan SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob. Program ini memberi peluang kepada murid-murid menyentuh dan menunggang kuda serta melihat kuda-kuda yang bertanding dengan lebih dekat. Program ini bermula 9.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Read more...

PERTANDINGAN NASYID PPKI ZON MERLIMAU




Pada 9 April 2009, Pertandingan Nasyid dan Azan Pendidikan khas Zon Merlimau telah diadakan di SK Merlimau 2. Sebanyak 11 buah sekolah menyertai pertandingan itu iaitu 9 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Pasukan nasyid PPKI SKPP terdiri daripada 9 orang pelajar manakala pertandingan azan diwakili seorang pelajar sahaja. Pasukan nasyid PPKI SKPP mendapat naib johan kategori junior.

Read more...

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PPKI ZON MERLIMAU




Majlis tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat zon Merlimau telah diadakan pada 7 April 2009 bertempat di SMK Seri Mahkota, umbai Melaka. PPKI SK Parit Penghulu telah menghantar seramai 5 orang peserta mengambil bahagian dalam 3 acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah Nabi. Mira Amira bt. Bobby Asmidi telah mendapat johan dalam hafazan dan tempat ke-2 dalam Tilawah Al-Quran bagi kategori perempuan junior. Siti Hajar bt. Amerodin mendapat johan dalam Bercerita kisah Nabi bagi kategori perempuan junior manakala Mohd Hedzir b. Amerodin mendapat tempat ketiga dalam acara yang sama bagi kategori lelaki junior.
Mohd Kamarudin b. Abu Bakar pula mendapat tempat ke-3 dalam tilawah Al-Quran bagi kategori lelaki junior. Seorang lagi peserta iaitu Mohd Asri b. Hussein yang mengambil bahagian dalam kategori Hafazan tidak memperolehi kejayaan pada hai tersebut namun syabas diucapkan atas penyertaan dan usaha beliau. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang serta guru pembimbing iaitu Pn. Khairani bt. Haji Salim.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP