MAJLIS TEMU MURNI KALI KEDUA TAHUN 2016
Klik di sini untuk lebih banyak gambar
d/a SK PARIT PENGHULU, 77400 SUNGAI RAMBAI, MELAKA. Tel/ Faks : 06-2650159 Email : mba1026@ppdjasin.edu.my
22 MAC - Program Jaguh Sekolah pada tahun ini telah memasuki musim yang ke-9. Tn. Hj. A. Ghani telah sudi bertandang ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu untuk merasmikan pelancaran program tersebut. Beliau yang merupakan Pengerusi SKYCOP Lite telah menyuntik semangat murid-murid untuk mencabar diri sendiri dalam acara-acara yang akan berlangsung pada tahun ini. Selain itu, pihak SKYCOP juga akan berusaha membantu pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj. A. Ghani dan SKYCOP.
19 MAC - Unit Kecemerlangan UPSR yang bekerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Parit Penghulu berjaya mengadakan sekali lagi Program Jejak Maklumat di Taman Botanikal, Ayer Keroh Melaka. Program ini dilangsungkan selama dua hari satu malam bermula 19 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016.
2 FEB - Sekitar aktiviti merentas desa yang telah dilangsungkan pada 2 Februari 2016 jam 3.30 petang hingga 5.30 petang.
3 FEB - SK Parit Penghulu telah dipilih sebagai tuan rumah untuk mengendalikan pemillihan pemain-pemain bola baling yang akan mewakili pasukan Merlimau pada tahun ini. Seramai 18 orang pemain lelaki dan 18 orang pemain perempuan yang berjaya dipilih sebagai atlet yang akan mewakili kawasan Merlimau ke Kejohanan Bola Baling MSSm Negeri Melaka.
Program ini diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu pada 3 Februari 2016 sekitar jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
29 JAN - Majlis pelancaran NILAM untuk tahun ini telah diadakan pada 29 Januari 2016 jam 10.00 pagi bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
Program ini disempurnakan oleh Pn. Nasriah bt. Rahmat yang merupakan wakil daripada Majalah Lawak Sekolah. Beliau sangat menyarankan murid-murid memberi komitmen dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam penglibatan program NILAM pada tahun ini.
Aktiviti pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran maskot Nobita yang menjadi tarikan dan gimik kepada murid-murid. Pada akhir majlis, Puan Nasriah juga telah sudi menyumbangkan beberapa naskhah buku kepada pihak sekolah khususnya Unit Pusat Sumber Sekolah.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada beliau.
25 JAN - Program yang dianjurkan dengan harapan semua pengawas yang dilantik dapat membentuk jati diri yang lebih baik jika diberi peluang dan ruang untuk bekerjasama dalam pasukan dengan bimbingan guru dan sokongan rakan-rakan.
Program yang dirasmikan oleh SM Kamarizman bin Khanafee iaitu Ketua Balai, Balai Polis Sungai Rambai telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Januari 2016. Antara objektif pelaksanaan program tersebut ialah :
1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Siaraya, Pengawas SPBT, Pengawas ICT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab.
2. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk mejalankan tugas dengan baik.
3. Menggalakkan murid-murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih.
4. Memperkenal barisan pengawas sekolah kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
Selain itu, program pada hari tersebut juga digabungkan dengan Program Guru Penyayang yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Selamat bertugas kepada semua pengawas, ketua dan penolong ketua kelas.
© Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP