PELANCARAN PROGRAM JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-8 TAHUN 2015
9 MAC - Program Jaguh Sekolah anjuran Pusat Sumber Sekolah dan panitia-panitia mata pelajaran ini telah memasuki tahun ke-8 penganjurannya. Majlis perasmiannya telah disempurnakan pada 9 Mac 2015 oleh
En. Mohd Faris Izra b. Ismail iaitu Pegawai Teknologi
Pendidikan, PKG Sebatu. Pertandingan ini bermula pada 9 Mac 2015 dan dijangka berakhir pada 27 Julai 2015. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar menanti murid-murid pada tahun ini.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :
JOHAN
|
1.
Sebuah basikal Fixie
2.
Wang tunai RM 50.00
3.
Piala
4.
Buku cerita
5.
Sijil
|
NAIB JOHAN
|
1.
Set Catur
2.
Buku cerita
|
KETIGA
|
1.
Set Playstation
2.
Buku cerita
|
KEEMPAT
|
1.
Raket badminton
2.
Buku cerita
|
KELIMA
|
1. Set Sahibba
2. Buku cerita
|
JOHAN
|
1.
Sebuah basikal Fixie
2.
Wang tunai RM 50.00
3.
Pakej lawatan sambil belajar 2015
4.
Piala
5.
Buku cerita
6.
Sijil
|
NAIB JOHAN
|
1.
Set Catur
2.
Buku cerita
|
KETIGA
|
1.
Set Playstation
2.
Buku cerita
|
KEEMPAT
|
1.
Raket badminton
2.
Buku cerita
|
KELIMA
|
1. Set Sahibba
2. Buku cerita
|
JOHAN
|
Set alat tulis bernilai RM 30.00
|
NAIB JOHAN
|
Set alat tulis bernilai RM 15.00
|
KETIGA
|
Set alat tulis bernilai RM 15.00
|
KEEMPAT
|
Set alat tulis bernilai RM 15.00
|
KELIMA
|
Set alat tulis bernilai RM 15.00
|
klik disini untuk melihat jadual aktiviti Jaguh Sekolah 2015
Klik disini untuk melihat lebih banyak gambar.
BICARA BERSAMA PENULIS BUKU DAN PELANCARAN NILAM 2015
6 FEB- Program
NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah dilancarkan dengan
jayanya pada 6 Februari 2015 bertempat di dewan Sek. Keb. Parit Penghulu,
Sungai Rambai, Melaka . Majlis pelancaran NILAM 2015 ini bermula pada pukul
10.45 pagi dan berakhir pada pukul 12.10 tengahari yang melibatkan seramai 29 orang guru dan 223 orang murid Sek. Keb.
Parit Penghulu. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya
diiringi dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Melaka
Maju Jaya dan Lagu SK Parit Penghulu. Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan oleh
Ketua penyelaras pusat sumber SK Parit Penghulu. Beliau telah memperkenalkan
konsep NILAM dan menyarankan agar semua murid SK Parit Penghulu menyemai sikap
minat membaca secara berterusan bagi mencapai kecemerlangan.
Klik disini untuk lebih banyak gambar. Read more...
KEJOHANAN BOLA BALING MSSM MERLIMAU 2015
2 FEB - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah dipilih menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Bola Baling MSSM Kawasan Merlimau untuk tahun 2015 ini. Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut.
Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada 2 februari 2015 sehingga 3 Februari 2015. Pasukan lelaki dan perempuan SK Parit Penghulu telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan tersebut. Hasilnya pasukan bola baling perempuan telah berjaya mendapat tempat ketiga setelah menewaskan pasukan dari SK Tedong dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.
Keputusan keseluruhan kejohanan tersebut seperti berikut :
Lelaki
Johan : SK Datuk Haji Baginda
Naib Johan : SK Serkam
Ketiga : SK Merlimau 2
Keempat : SK Sempang
Perempuan
Johan : SK Sungai Rambai
Naib Johan : SK Serkam Darat
Ketiga : SK Parit Penghulu
Keempat : SK Tedong
Klik disini untuk lebih banyak gambar Read more...




