MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2015

26 JAN - Seramai 82 orang murid terpilih menjawat jawatan dalam majlis pelantikan pengawas pada tahun 2015 ini, Mereka terdiri daripada 34 orang pengawas sekolah, 16 orang pengawas perpustakaan, 7 orang pengawas SPBT, 7 orang pengawas siaraya dan 18 orang ketua serta penolong ketua kelas.
Majlis pelantikan ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Hamimah bt. Saari iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.



Murid-murid yang terpilih ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada murid-murid lain dari aspek disiplin serta akademiknya.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MERENTAS DESA 2015

26 JAN - Program merentas desa anjuran unit kokurikulum SK Parit Penghulu telah dijalankan pada 26 Januari 2015 yang lalu. Semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 serta PPKI mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Program bermula pada jam 3.30 petang dengan aktiviti regangan dan taklimat ringkas berkaitan acara merentas desa. Seterusnya murid-murid di lepaskan mengikut kategori masing-masing iaitu :
1. Perempuan B (Tahun 3 dan Tahun 4)
2. Lelaki B (Tahun 3 dan Tahun 4)
3. Perempuan A (Tahun 5 dan Tahun 6)
4. Lelaki A (Tahun 5 dan Tahun 6)



Murid-murid melalui jalan sekitar Kampung Parit Penghulu. Antaranya jalan Taman Suria dan Parit Penghulu Benteng. Guru-guru dan murid-murid juga berpeluang melihat kehijauan sawah padi sekitar laluan merentas desa tersebut.
Program ini berakhir jam 5.30 petang dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

LAWATAN KE PULAU PINANG

1 OKTOBER - Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Badan Pengawas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang pada 30 September hingga 2 Oktober 2014. Seramai 37 orang murid dan 4 orang guru menyertai program tersebut.



Jadual lawatan adalah seperti berikut :


TARIKH
MASA
AKTIVITI
30 SEPTEMBER 2014 (SELASA)
9.00 malam
Bertolak ke Pulau Pinang




1 OKTOBER 2014 (RABU)
6.00 pagi
Tiba di Pulau Pinang / solat subuh / kemas diri
8.00 pagi

12.00 tgh
Lawatan sekitar Pulau Pinang
- Lawatan ke Rumah P. Ramlee
- Lawatan ke Akuarium Batu Maung
12.30 tgh
Makan tengah hari / solat zohor / kemas diri
2.00 petang
- Lawatan ke Muzium 3D
- Menaiki kereta kabel Bukit Bendera
- Menikmati panorama indah di Pantai Batu Feringgi
8.00 malam
Makan malam dan menikmati keindahan Pulau Pinang
- Padang Kota
- Makan malam
10.00 malam
Tidur



2 OKTOBER 2014 (KHAMIS)
6.00 pagi
Kemas diri / solat Subuh / sarapan pagi
9.00 pagi
Lawatan ke
-Kilang pembuatan jeruk Pulau Pinang
10.00 pagi
Lawatan ke Muzium Arkeologi USM
12.30 tgh
Makan tengah hari / solat zohor
2.00 petang
Menaiki Feri Pulau Pinang
4.00 petang
Bertolak pulang ke Melaka
8.30 malam
Makan malam
11.00 malam
Tiba di SK Parit Penghulu
12.00 malam
Bersurai


Semua murid dan guru yang mengikuti lawatan tersebut begitu gembira dengan pengalaman yang diperoleh.

Read more...

PROGRAM 1MURID 1SUKAN

12 SEPTEMBER - Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.




Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah mengelolakan aktiviti ini pada 12 September 2014 yang lalu bertempat di sekitar kawasan sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
1. Permainan Tenis mini
2. Permainan Softball mini
3. Mini Soccer
4. Aktiviti SEGAK
5. Makanan seimbang

Read more...

KEPUTUSAN JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-7

25 OGOS - Program penutup dan penyampaian hadiah Jaguh Sekolah Musim ke-7 telah berlangsung pada hari Isnin 25 Ogos 2014. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Amir b. Basar iaitu Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.



BERIKUT KEPUTUSAN PENUH PROGRAM JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-7 TAHUN 2014






Klik di sini untuk lebih banyak gambar

Read more...

JAMUAN MAKAN AMAL PIBG DAN BEKAS PELAJAR

23 OGOS - Buat julung kalinya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu berjaya mengumpulkan begitu ramai bekas pelajar dan juga mantan guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini. Dianggarkan 400 orang tetamu hadir dalam majlis tersebut.
Program ini telah berlangsung pada 23 Ogos 2014 yang lalu bertempat di dataran SK Parit Penghulu. Persembahan Qasidah memulai acara pada malam tersebut. Ramai bekas pelajar yang ditemui begitu teruja dan gembira kerana dapat bersua muka dengan rakan-rakan lama dan sudah tentu menggamit nostalgia zaman persekolahan dahulu.



Kehadiran Datuk Hasan b. Rahman, Exco Pertanian dan Pembangunan Negeri Melaka selaku tetamu kehormat pada malam tersebut menyerikan lagi acara yang gilang-gemilang ini.
Pihak sekolah dan PIBG amat menghargai komitmen dan kerjasama semua pihak.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PROGRAM BUBUR LAMBUK SKPP

21 JULAI - Aktiviti ini sebagai salah satu daripada medium untuk merapatkan ukhwah dan hubungan warga sekolah dengan ibu bapa bersempena dengan bulan ramadan barakah ini. Selain itu, program bubur lambuk sebagai program yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ibu bapa,guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan  dapat mengamalkan gaya hidup kemasyarakatan.

Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengambil satu inisiatif untuk menjayakan hasrat pengagihan bubur lambuk tersebut pada 21 Julai yang lalu. Program ini juga merupakan kolaborasi antara SK Parit Penghulu dengan pelajar-pelajar praktikum dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.

Agihan bubur lambuk bermula jam 4.30 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang. Ramai ibu bapa dan masyarakat setempat yang hadir dalam program tersebut.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP