PELANCARAN NILAM 2014

10 FEBRUARI - Aktiviti sempena “Program NILAM dan Pinjaman Kelas Terbanyak” diwujudkan untuk menyuntik kepekaan warga pendidik dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu tentang pentingnya membaca dan merekodkan bahan bacaan dalam buku NILAM.
Objektif program ini ialah :


  • Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat di Pusat Sumber Sekolah

  • Mendekatkan murid- murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan satu amalan pembelajaran sepanjang hayat.

  • Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran.

  • Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.


Lebih menarik lagi, program anjuran Pusat Sumber Sekolah ini menawarkan hadiah sebuah basikal kepada pelajar yang berjaya dinobatkan sebagai tokoh NILAM pada tahun 2014 ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. hamimah bt. Sa'ari yang juga merupakan Guru Besar SK Parit Penghulu.
Semoga dengan berlangsungnya pelancaran NILAM ini memberi lebih semangat kepada semua pelajar untuk membaca dan mencatat bahan bacaan mereka dalam buku NILAM.

Klik disini untuk lebih banyak gambar
 

Read more...

MOTIVASI KEIBUBAPAAN

8 FEBRUARI - Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa seseorang pelajar serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Justeru, adalah menjadi harapan daripada program Motivasi Kecemerlangan diri dan Keibubapaan SK Parit Penghulu 2014  dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik. Hal ini menjadi keutamaan pihak sekolah untuk mencari jalan penyelesaian serta mempertingkat jati diri murid-murid serta ibu bapa yang terlibat. 



Bagi menjayakan hasrat tersebut, unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Kecemerlangan SKPP merealisasikan satu lagi program pencerahan minda yang dikenali sebagai "Motivasi Keibubapaan" pada 8 Februari 2014 yang lalu. Majlis ini diadakan di dewan SK Parit Penghulu. 
Lebih menarik lagi, program ini menampilkan seorang penceramah yang hebat iaitu
Muhammad Fakhrul Islam bin Md Zarin yang merupakan finalis rancangan realiti Pencetus Ummah Astro Oasis.
Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 serta ibu bapa yang hadir begitu teruja dengan kehadiran beliau dan mendapat pelbagai maklumat menarik berkaitan kecemerlangan dunia dan kecemerlangan akhirat. 

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

30 JANUARI - Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan pada tahun ini ialah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 



Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam SK Parit Penghulu telah menganjurkan satu majlis sempena sambutan maulidur rasul ini pada 30 Januari 2014 yang lalu. Guru-guru dan murid-murid memulakan perarakan dari perkarangan tapak perhimpunan dan menyusuri Kampung Parit Penghulu hingga ke Masjid Ar-Ridhuan.
Beberapa acara telah diadakan khas dalam aktiviti tersebut seperti pertandingan membina sepanduk dan kuiz pengetahuan am.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
Pertandingan Sepanduk :
Johan : Pengakap PPKI
Kedua : Pengakap
Ketiga : Puteri Islam
Keempat : TKRS

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS DIALOG IBU BAPA

25 JANUARI - Majlis dialog guru-guru dan ibu bapa ini diadakan untuk memberi pendedahan serta penerangan kepada ibu bapa tentang aktiviti kecemerlangan UPSR 2014. Seramai 26 orang murid hadir pada majlis tersebut manakala ibu bapa yang hadir seramai 25 orang.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah dilangsungkan di dewan SKPP. Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah memberikan maklumat-maklumat terkini serta tips yang berkesan untuk para pelajar memperoleh kejayaan yang gemilang dalam UPSR pada tahun ini.



Ibu bapa juga tidak ketinggalan memberi pandangan serta mengajukan soalan untuk sama-sama mencari titik cemerlang dalam menggembleng kejayaan para pelajar SKPP.
Sememangnya program yang dianjurkan oleh Unit Kecemerlangan serta Unit Bimbingan Kaunseling ini memberi banyak manfaat untuk semua pihak.

Klik disini untuk lebih banayk gambar

Read more...

BANTUAN MBSB



24 JANUARI - Malaysia Building Society Berhad (MBSB) yang merupakan bapa angkat kepada SK Parit Penghulu sekali lagi menjalankan tanggungjawab khidmat sosial mereka dengan menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim serta pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2013.
Seramai 50 orang pelajar miskin dan anak yatim telah dihadiahkan sebuah beg khas MBSB untuk kegunaan persekolahan mereka sepanjang tahun 2014 ini.
Majlis penyerahan bantuan tersebut diadakan di tapak perhimpunan SK Parit Penghulu pada 24 Januari 2014 jam 8.00 pagi dan disampaikan sendiri oleh En. Nasir b. Marob, Penolong Pengurus MBSB Wilayah Selatan.


Pada majlis yang sama, pihak MBSB sekali lagi memberi sumbangan kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 yang lalu. Sumbangan berupa akaun simpanan Chekky yang berjumlah RM 300.00 untuk setiap pelajar itu diserahkan kepada ibu bapa kepada para pelajar tersebut. Seramai 7 orang pelajar SKPP yang mendapat keputusan cemerlang UPSR 2013 iaitu :

1. Muhammad Fikri b. Hashim
2. Muhammad Raihan b. Mansor
3. Putera Muhammad Syibli b. Jamil
4. Ainaa Bariah Syahirah bt. Mohd Halim
5. Nur Suriyani bt. Md. Diah
6. Nurul Haziqah bt. Ihsam
7. Siti Nir Aishah bt. Abdullah

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

24 JANUARI - Sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan mengenai bantuan persekolahan bernilai RM100 tetap diteruskan. Pengumuman bantuan itu terkandung dalam teras ketiga “Mengungul Modal Insan” dalam intipati Bajet 2014. Sehubungan itu, bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara telah diagihkan bermula 15 Januari 2014 secara berperingkat-peringkat.


Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu melalui unit Hal Ehwal Murid telah menyerahkan bantuan awal persekolahan (BAKAP) pada 24 Januari 2014 iaitu pada hari Jumaat jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 212 orang murid yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 serta PPKI telah mendapat sumbangan RM 100 tersebut. Sementara itu, murid-murid Tahun 6 Fathanah pula mengambil bantuan tersebut di SMK Sungai Rambai yang disampaikan sendiri oleh Y.B. Datuk Hassan b. Abd. Rahman (ADUN Sungai Rambai).
Ibu bapa yang hadir begitu bersyukur dengan agihan bantuan tersebut yang sememangnya dapat meringankan sedikit bebanan kewangan dan membantu melancarkan persekolahan anak masing-masing.

Read more...

PELANTIKAN PENGAWAS 2014

13 JANUARI - Majlis pelantikan para pengawas serta ketua dan penolong ketua kelas telah diadakan pada 13 Januari 2014 bertempat di tapak perhimpunan SK Parit Penghulu. Majlis yang dianjurkan oleh unit HEM ini telah disempurnakan oleh Koperal Zulkarnain b. Alias dari balai Polis Sungai Rambai, Melaka.
Para pengawas merupakan mata dan telinga kepada pihak sekolah dalam memastikan tahap disiplin murid sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. Mereka terdiri daripada 31 orang pengawas sekolah, 15 orang pengawas pusat sumber, 7 orang pengawas SPBT serta seorang ketua dan penolong ketua kelas yang mencakupi 10 buah kelas.


Jawatan tertinggi bagi badan disiplin dan pengawas ini adalah seperti berikut :

Ketua Pengawas : Muhammad Ikmal b. Othman
Pen. Ketua Pengawas : Amirah Afiqah bt. Ami

Ketua Pengawas Perpustakaan : Nurain Serina bt. Hamdzah
Pen. Ketua Pengawas Perpustakaan : Nurul Atiqah bt. Hj. Alias

Ketua Pengawas SPBT : Muhammad Zaid Harizah b. Rosli

Pihak seklah mengucapkan selamat bertugas kepada semua yang terlibat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP