BANTUAN MBSB
d/a SK PARIT PENGHULU, 77400 SUNGAI RAMBAI, MELAKA. Tel/ Faks : 06-2650159 Email : mba1026@ppdjasin.edu.my
24 JANUARI - Sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan mengenai bantuan
persekolahan bernilai RM100 tetap diteruskan. Pengumuman bantuan itu
terkandung dalam teras ketiga “Mengungul Modal Insan” dalam intipati
Bajet 2014. Sehubungan itu, bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 5.4 juta
pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara telah diagihkan
bermula 15 Januari 2014 secara berperingkat-peringkat.
13 JANUARI - Majlis pelantikan para pengawas serta ketua dan penolong ketua kelas telah diadakan pada 13 Januari 2014 bertempat di tapak perhimpunan SK Parit Penghulu. Majlis yang dianjurkan oleh unit HEM ini telah disempurnakan oleh Koperal Zulkarnain b. Alias dari balai Polis Sungai Rambai, Melaka.
Para pengawas merupakan mata dan telinga kepada pihak sekolah dalam memastikan tahap disiplin murid sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. Mereka terdiri daripada 31 orang pengawas sekolah, 15 orang pengawas pusat sumber, 7 orang pengawas SPBT serta seorang ketua dan penolong ketua kelas yang mencakupi 10 buah kelas.
6 OKT 2013 - Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu telah mengadakan satu program yang dinamakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform pada 4 hingga 6 Oktober yang lalu bertempat di sekitar SK Parit Penghulu.
Unit Media dan Unit Disiplin SK Parit Penghulu menganjurkan lawatan ilmiah ke beberapa lokasi menarik pada tahun ini. Seramai 39 orang murid dan 4 orang guru mengikuti aktiviti tersebut yang berlangsung pada 24 dan 25 September 2013 yang lalu.
Lokasi pertama yang dilawati oleh para peserta rombongan ialah Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. Setelah hampir satu jam berada di sana, murid-murid dan guru-guru pergi melawat kilang PROTON yang terletak di Proton City, Tanjong Malim. Mereka diberi pendedahan tentang teknologi pembuatan kereta nasional yang menjadi kebanggaan negara. Memang teruja dapat berkongsi ilmu pengetahuan tentang bidang automotif ini. Banyak maklumat yang diperoleh semasa berkunjung ke sana.
Sempena UPSR yang berlangsung pada 10 - 12 September 2013, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk membawa sejumlah pelajar melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Melaka. Tempat-tempat menarik yang dimaksudkan ialah Zoo Melaka dan Taman Buaya, Melaka.
30 OGOS 2013 - Suasana keceriaan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. SKPP mengambil peluang sebegini untuk mengeratkan silaturrahim dan jalinan kemesraan antara murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa.
Inisiatif mengadakan jamuan hari raya ini dicetuskan oleh Panitia Pendidikan Islam serta kerjasama Kelab Keluarga SK Parit Penghulu. Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah yang istimewa seperti ketupat, rendang, satay, kuih-muih dan sebagainya.
© Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP