PAMERAN ANTI DADAH

22 JULAI 2013 - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu begitu bertuah pada tahun ini kerana pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah sudi hadir untuk berkongsi ilmu serta pengalaman berkaitan program anti dadah.
Semua murid telah diberi peluang untuk melihat pameran anti dadah yang diadakan di bilik kesihatan, SK Parit Penghulu. Selepas itu, murid-murid diberi pendedahan perkara-perkara berkaitan bahaya penggunaan najis dadah. Ceramah yang begitu menarik berkaitan dadah itu telah di sampaikan oleh pegawai AADK bertempat di surau SK Parit Penghulu.


Terima kasih kepada unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Pencegahan Dadah SKPP yang telah berjaya menganjurkan program tersebut.

Klik di sini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PROGRAM KECEMERLANGAN ROHANI DAN PEMANTAPAN SAHSIAH

20 JULAI 2013 - Seramai 80 orang pelajar telah menghadiri Program Kecemerlangan Rohani dan Pemantapan Sahsiah Menuju Kecemerlangan UPSR 2013 yang telah diadakan pada 19 dan 20 Julai 2013 yang lalu. Program yang dikelolakan oleh Unit Kecemerlangan, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Guru-guru Praktikum Program Internship serta Panitia Pendidikan Islam ini berlangsung di Kem Modal Insan, Parit Penghulu.
Matlamat program ini diadakan adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan motivasi dirinya sendiri melalui panduan-panduan yang diberikan serta membantu murid-murid membentuk jiwa yang sempurna dan cemerlang.


Pelbagai acara dimuatkan dalam program tersebut antaranya majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, Qiamullai serta motivasi kecemerlangan UPSR. Ibu bapa dan murid-murid yang hadir memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut.
Pihak SKPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada teraju utama dalam menjayakan program tersebut iaitu Malaysian Building Society Berhad (MBSB) yang telah memberikan sumbangan. Program ini juga merupakan "Program Sekolah Over The Top MBSB" yang menjadi simbol kerjasama MBSB dengan pihak sekolah.

Klik di sini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2013

4 JULAI 2013 - Kejohanan Balapan dan Padang atau lebih dikenali sebagai sukan tahunan telah berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu pada 4 Julai 2013 yang lalu. Pelbagai acara telah dipertandingkan dan melibatkan penyertaan semua murid SKPP.
Sebelum itu juga telah berlangsung acara sukantara pada 24 Jun serta acara akhir padang pada 1 dan 2 Julai. Kemeriahan amat dirasai oleh semua warga sekolah serta ibu bapa yang turut serta membantu menjayakan sukan tahunan tersebut.


Keputusan penuh Kejohanan Balapan dan Padang adalah seperti berikut :
SUKANTARA
JOHAN : Rumah Laksamana (Merah)
NAIB JOHAN : Rumah Temenggong (Hijau)
KETIGA : Rumah Syahbandar (Biru)
KEEMPAT : Rumah Bendahara (Kuning)

KESELURUHAN
JOHAN : Rumah Syahbandar
NAIB JOHAN : Rumah Laksamana
KETIGA : Rumah Temenggong
KEEMPAT : Rumah Bendahara

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

HARI TERBUKA 2013

21 JUN 2013 - Unit Kurikulum SKPP  telah selesai mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun pada bulan Mei yang lalu. Justeru itu, semua ibu bapa atau penjaga telah dijemput menghadiri "Hari Terbuka SKPP" yang telah diadakan pada 21 Jun 2013.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibu bapa. Peluang sebegini digunakan untuk beramah mesra serta bertanya lebih lanjut tentang kebolehan serta pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran di sekolah.



Tidak ketinggalan juga para penjaga dalam kalangan pelajar Tahun Enam yang diberikan taklimat khas pada hari tersebut. Mereka berkumpul di bilik tayang SKPP pada jam 10.40 pagi untuk sesi dialog bersama guru-guru.
Program Hari Terbuka ini telah selesai pada jam 11.45 pagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Read more...

PROGRAM NASIONAL PINTAR

19 JUN 2013 - Unit Pembelajaran Bergerak PINTAR (PMLU) merupakan sebuah bas yang diubahsuai untuk digunakan sebagai program pembelajaran bergerak bagi pelajar sekolah PINTAR di semenanjung Malaysia. Program sebegini dapat memupuk kecenderungan pelajar dalam pengkhususan yang diminati oleh mereka.


Bagi tahun 2013, PMLU yang bertemakan "Memupuk Bakat" merangkumi enam segmen iaitu Juruterbang, Atlit, Doktor, Jurutera, Chef dan Fotografi. Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mencungkil bakat dan potensi yang terdapat dalam diri mereka serta menanam minat untuk terus memperkembangkan bakat yang ada dalam diri masing-masing.
Justeru itu, pihak Pintar Foundation telah mengadakan kunjungan PMLU ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu pada 19 Jun 2013 yang lalu. Semua murid diberi pendedahan tentang program tersebut. Mereka sangat teruja dan berpuas hati apabila diberi peluang untuk merasai sendiri segmen yang disediakan dalam bas bergerak itu.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PELANCARAN KELAB MY RUKUN NEGARA

20 MEI - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dibawah kelolaan Kelab Rukun Negara telah melancarkan program "My Rukun Negara" pada 20 Mei 2013. Pelancaran majlis tersebut telah diadakan di tapak perhimpunan SKPP dan dirasmikan oleh Puan Hamimah bt. Sa'ari iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.


Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Sebagai simbolik perasmian majlis tersebut, guru besar telah memakaikan  badge rukun negara kepada lima orang wakil ahli kelab tersebut. Semoga dengan pelancaran kelab ini dapat mengukuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang terdapat di Malaysia.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU 2013

16 MEI - Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.




Justeru itu, pihak SKPP mengambil inisiatif untuk sama-sama meraikan hari bertuah tersebut pada tanggal yang sama untuk tahun 2013 ini. Pelbagai acara dilangsungkan seperti nyanyian, sukaneka membina Mummy, menyusun batu-bata, bertukar-tukar hadiah dan banyak lagi aktiviti yang menarik.
Pihak sekolah juga tidak lupa menjemput mantan guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini walaupun mereka telah bersara. Kehadiran tetamu-tetamu ini dapat memeriahkan lagi majlis serta mengembalikan nostalgia silam berkaitan perkhidmatan perguruan yang mereka sayangi.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP