KEPUTUSAN JAGUH SEKOLAH 2012

9 JULAI 2012 - Setelah mengharungi pertandingan Jaguh Sekolah selama 4 bulan, murid-murid yang berjaya telah diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah yang gilang-gemilang. Majlis tersebut berlangsung pada 9 Julai 2012 (Isnin) dan telah dirasmikan dengan jayanya oleh En. Nasir b. Marob iaitu Penolong Pengurus MBSB Wilayah Selatan. Selain itu, pihak sekolah juga telah menjemput En. Zulkifly b. Mansor, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sebatu untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Aktiviti Jaguh Sekolah ini dianjurkan oleh pusat sumber sekolah dengan sokongan dan kerjasama semua panitia matapelajaran.


Pelbagai hadiah telah disampaikan kepada pelajar yang berjaya seperti sebuah telefon bimbit, wang tunai RM 100, kereta kawalan jauh, pakej melancong ke Terengganu dan sebagainya.
Pemenang Keseluruhan Jaguh sekolah musim ke-5 ialah :
1. Johan PPKI KSSR - MUHAMMAD NOREMAN B. AHMAD AFANDI
2. Johan PPKI KBSR - KHAIRUL ISKANDAR B. KAMARUDIN
3. Johan Tahap 1 - JASLINA BT. SUJAK
4. Johan Tahap 2 - NURFARAHANA HANANI BT. LAILAN

Keputusan penuh, sila klik disini

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PERSARAAN PN. MARIYAM

28 Jun 2012 (Khamis) - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah kehilangan seorang lagi pendidik berjiwa besar apabila seorang guru telah menamatkan perkhidmatannya dalam dunia pendidikan. Guru yang dimaksudkan itu ialah Pn. Mariyam bt. Haris iaitu Guru Prasekolah SKPP.
Beliau telah bersara wajib pada 29 Jun 2012. Justeru itu, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis khas untuk mengenang sejarah perkhidmatan beliau. Majlis tersebut telah berlangsung pada 28 Jun 2012 di dewan utama SKPP. Pada hari terakhir pekhidmatannya, Pn. Mariyam telah berkongsi pelbagai cerita suka dan duka sepanjang perkhidmatan beliau.


Guru-guru dan seluruh warga SKPP mengucapkan selamat bersara dan mendoakan kesihatan yang baik untuk Pn. Mariyam bt. Haris. Selamat bersara.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

MOTIVASI GURU BERSAMA MBSB


23 Jun 2012 - Pihak MBSB yang merupakan bapa angkat kepada SK Parit Penghulu telah bermurah hati menganjurkan satu sesi motivasi guru-guru bertempat di Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka. Program yang julung-julung kali ini diadakan untuk memberikan pengetahuan baharu kepada guru-guru serta menjalinkan semangat muhibbah antara kakitangan SKPP serta MBSB.
Semua guru telah mengikuti program motivasi tersebut yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Guru-guru dan para peserta program tersebut didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini berkaitan dunia pendidikan serta aspek pengurusan untuk penambahbaikan seluruh warga SKPP terutamanya penningkatan kecemerlangan pelajar.

Read more...

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. NORHAYATI BT. ABU BAKAR

SK Parit Penghulu telah kehilangan seorang permata yang bersinar kerana telah bersara wajib daripada perkhidmatan awam. Tokoh yang dimaksudkan ialah Pn. Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 36 tahun bermula pada 1976 di SMK Dato Taha Talib, Negeri Sembilan. Perkhidmatan beliau diteruskan ke SMK Datuk Rahman Yaakub pada tahun 1982, seterusnya bertugas di SMK Seri Mahkota, Merlimau pada tahun 1987 sebelum ke SK Merlimau 2 pada tahun 1996. Perkhidmatan beliau diteruskan lagi untuk menabur jasa dan bakti di SK Merlimau 1 pada tahun 1997. Pada tahun 2001, beliau dilantik menjadi GPK Kokurikulum di SK Jasin dan kemudiannya sebagai GPK HEM serta GPK Kurikulum di SK Merliamu 1 bermula tahun 2002. Pada tanggal 1.4.2009, Pn. Hjh. Norhayati mula berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau mula bersara pada tarikh 8 Jun 2012.



Pihak SKPP telah mengadakan dua majlis khas untuk meraikan persaraan beliau iaitu pada 24 Mei bersama para pelajar manakala 12 Jun bersama guru-guru serta kakitangan perkhidmatan awam yang lain. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut terutamanya para penyumbang serta kakitangan SK Parit Penghulu.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEJOHANAN RAGBI MSSM MELAKA

Pasukan SKPP telah sekali lagi menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh MSSM Melaka 2012. Kejohanan pada tahun ini telah dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput pada 19 Mei 2012. Seramai 12 orang pelajar SKPP menyertai pasukan ragbi tersebut. Pasukan kendalian En. Abd. Latif dan En. Mohd Bukhairy ini akhir telah mendapat tempat keempat keseluruhan setelah memenangi beberapa perlawanan.



Lebih menarik lagi, dua orang pelajar SK Parit Penghulu iaitu Mohd Buhairi b. Monjani dan Mohd Solehin telah terpilih untuk menyarung jersi pasukan Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan dilangsungkan di Negeri Sembilan. Semoga berjaya dan tahniah kepada semua yang terlbat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 telah diadakan di persekitaran SK Parit Penghulu pada 16 Mei yang lalu. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya sukaneka seperti boling kelapa, mengisi air dalam botol, balingan gelung sebagainya.Guru-guru telah dibahagikan kepada empat kumpulan kecil untuk setiap sukaneka tersebut. Semua guru dan kakitangan berasa sungguh teruja dengan sambutan tersebut.



Sambutan pada tahun ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran 13 orang pengurus MBSB Wilayah Selatan yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama meraikan program tersebut. Para pegawai MBSB menghadiahkan sekuntum bunga untuk seorang guru dan sebiji kek hari guru sebagai simbolik sambutan pada tahun ini. Pihak MBSB yang merupakan bapa angkat kepada SKPP juga tidak keberatan menghulurkan sumbangan RM 1,000.00 untuk majlis Hari Guru 2012 ini. Pihak PIBG juga telah membiayai program tersebut dengan menghulurkan sumbangan sebanyak RM 200.00.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya MBSB, PIBG dan Kelab Keluarga SKPP.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

ACTION SONG

Pertandingan Action Song telah diadakan pada 2 Mei 2012 yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1. Seramai 15 orang pelajar SK Parit Penghulu menyertai pertandingan tersebut. Wakil SKPP menampilkan dua buah persembahan iaitu "Animals Kingdom" dan "Birds and Insect".




Penyertaan SKPP pada kali pertama ini berjaya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dan sekaligus layak ke pertandingan akhir peringkat negeri Melaka yang telah berlangsung pada 17 Mei 2012. Wakil SKPP hanya mendapat saguhati dalam pertandingan Action Song peringkat akhir negeri Melaka. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Panitia Bahasa Inggeris SKPP.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP