MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG
Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.45 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru. Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.
Read more...
