MAJLIS PERPISAHAN PN. HJH. ZAITON
Tanggal 27 April 2011 merupakan tarikh perpisahan Pn. hjh. Zaiton bt. Mohamad berkhidmat di SK Parit Penghulu. Beliau yang telah berkhidmat selama lebih empat tahun di SKPP telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Pn. Hjh. Zaiton merupakan seorang guru yang begitu mengambil berat tentang masalah pelajar terutamanya pelajar pendidikan khas. Semoga beliau dapat menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di sekolah yang baru. Warga SKPP mengucapkan sekalung tahniah kepada Pn. Hjh. Zaiton bt. Mohamad.


Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-2 telah diadakan pada hari Sabtu 2 April yang lalu. LaDaP kali ini membawakan dua slot yang menarik iaitu Slot KSSR dan Bengkel Membina Bahan Bantu Mengajar (BBM). Lokasi kali ini ialah di Pusat Sumber SKPP.