PELANCARAN NILAM 2011







Majlis pelancaran Program NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah diadakan pada 31 Januari 2011 yang lalu. Majlis yang sepatutnya dilangsungkan di tapak perhimpunan SKPP terpaksa dipindahkan ke lokasi berlainan kerana cuaca hujan pada hari tersebut.
Walaupun begitu, majlis tersebut berlangsung dengan meriah dengan disaksikan kira-kira 251 orang pelajar dan 30 orang guru. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh en. Kamaruddin b. Md. Diah iaitu seorang pengusaha Pasaraya Dinar Emas di Sungai Rambai. Ketibaan beliau diiringi dengan paluan kompang oleh beberapa orang pelajar SKPP. En. Kamaruddin menyampaikan kata-kata semangat serta nasihat yang berguna kepada para pelajar terutamanya kepentingan membaca.
Pihak sekolah khususnya unit Pusat Sumber berasa begitu terharu kerana beliau sudi menyalurkan sumbangan sebuah basikal sebagai rangsangan dan dorongan untuk menjayakan program NILAM SKPP 2011 ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada beliau.

Read more...

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2011





Seramai 88 orang pelajar telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
Para pelajar ini telah ditauliahkan dalam satu majlis khas yang diadakan pada 17 Januari 2011 (Isnin) jam 8.00 pagi bertempat di tapak perhimpunan SK Parit Penghulu.
Majlis pelantikan pengawas ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar (guru besar SKPP). Pelajar-pelajar yang terpilih ini telah melafazkan ikrar dan menandatangani akujanji untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Tahniah kepada para pelajar yang terpilih dan selamat menjalankan tugas.

Read more...

MAJLIS PERSARAAN GPK KOKURIKULUM SKPP







Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Parit Penghulu iaitu Cik How Yock Hong telah bersara wajib dari perkhidmatan pendidikan bermula 12 Januari 2011. Satu majlis gilang-gemilang telah diadakan pada 10 dan 11 Januari 2011 untuk meraikan persaraan beliau. Majlis tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu yang dihadiri oleh wakil PPD Jasin, GPK Ko-kurikulum DUN Sungai Rambai, guru-guru dan para pelajar SK Parit Penghulu.

Beliau juga diraikan dalam satu majlis khas yang diadakan di Ancasa Hotel MITC Melaka yang turut disertai oleh bekas-bekas guru SKPP iaitu en. Zulhazmi, Pn. Salasiah dan Pn. Syafinaz.

Cik How Yock Hong dilahirkan pada 12 Januari 1955 di Sungai Rambai, Melaka. Mendapat pendidikan awal di Merlimau English School yang kini dikenali sebagai SK Merlimau 1. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SM Convent Sacred Heart, Melaka.

Pada tahun 1975, beliau melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Cik How Yock Hong mula mengajar di SM Tengku Bariah, Kuala Terengganu pada 1977. pada tahun 1982, beliau berkhidmat di SM Sungai Rambai sehinggalah ditawarkan jawatan GPK Ko-kurikulum di SK Batu Gajah pada tahun 2002.

Mula berkhidmat di SK Parit Penghulu pada 2004 sehinggalah tamat perkhidmatannya. Warga SKPP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan beliau selama ini dalam bidang pendidikan. elamat maju jaya.

Read more...

CUTI PERSEKOLAHAN 2010

Cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada 20 November 2010 sehingga 2 Januari 2011. Selamat bercuti kepada semua pelajar SK Parit Penghulu. Jumpa lagi tahun 2011.

Read more...

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010




hari Anugerah Cemerlang SKPP 2010 telah diadakan pada 15 November 2010 (Isnin) jam 9.00 pagi bertempat di kantin baru SKPP. Para pelajar diberi pelbagai anugerah dan hadiah kerana pencapaian dan sumbangan mereka kepada Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
Antara anugerah yang disampaikan ialah kepada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, pembantu kedai sekolah, kadudukan dalam kelas, matapelajaran terbaik dan sebagainya.
Kehadiran ibu bapa dan En. Bahari b. Ahmad selaku Yang DiPertua PIBG SKPP memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang boleh dikategorikan sebagai tokoh dalam SKPP antaranya ialah :
1. Siti hajar bt. Amerodin (Anugerah Khas PPKI SKPP)
2. Syafqah Adha bt. Zawawi (Tokoh NILAM 2010)
3. Muhammad Ammar Muaz b. Lukman (Tokoh Kokurikulum 2010)
Selain itu, terdapat dua orang pelajar yang megharumkan nama SKPP kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010 iaitu :
1. Fasehah Nur bt. Ismail
2. Nur Iliyana bt. Abu Bakar

Read more...

LATIHAN KEBAKARAN 2010




Latihan kebakaran dan kecemasan telah diadakan di SK Parit Penghulu pada 10 November 2010. "Loceng gila" dibunyikan pada jam 9.00 pagi menandakan berlakunya 'kebakaran' di sebuah bangunan sekolah. Serentak dengan itu para pelajar dan guru-guru bergegas ke lokasi yang lebih selamat mengikut pelan kebakaran yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Pasukan bomba dan penyelamat dari Merlimau bergegas ke lokasi kejadian untuk 'memadamkan kebakaran' yang berlaku.
Semasa latihan tersebut, anggota bomba dan penyelamat telah memberi tunjuk ajar serta teknik-teknik yang betul untuk memadamkan kebakaran.
Terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat Merlimau.

Read more...

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2010 BERSAMA SCHOLASTIC MALAYSIA







Para pelajar SK Parit Penghulu telah berjaya menyahut cabaran menyertai Program Kem Membaca 1Malaysia bersama Scholactic Malaysia pada 8 November 2010. Program ini diadakan untuk mencipta nama dalam Malaysian Books of Records. Sasarannya ialah seramai 350,000 orang pelajar dari 1000 buah sekolah seluruh Malaysia menyertai program tersebut.
Seramai 286 orang pelajar menyertai program yang diadakan di tapak perhimpunan jam 8.30 pagi. Para pelajar dan guru-guru menghabiskan masa selama 2,010 saat (33.5 minit) membaca pelbagai jenis buku untuk mencapai hasrat tersebut. Para pelajar yang berjaya menyertai program ini dianugerahi sijil penyertaan. maklumat lanjut boleh didapati di http://scholactic-asia.com/read2010/

Selain itu diadakan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai program yang diatur sebelum ini.
Tahniah kepada semua warga SKPP.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP