MAJLIS PERSARAAN GPK KOKURIKULUM SKPP







Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Parit Penghulu iaitu Cik How Yock Hong telah bersara wajib dari perkhidmatan pendidikan bermula 12 Januari 2011. Satu majlis gilang-gemilang telah diadakan pada 10 dan 11 Januari 2011 untuk meraikan persaraan beliau. Majlis tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu yang dihadiri oleh wakil PPD Jasin, GPK Ko-kurikulum DUN Sungai Rambai, guru-guru dan para pelajar SK Parit Penghulu.

Beliau juga diraikan dalam satu majlis khas yang diadakan di Ancasa Hotel MITC Melaka yang turut disertai oleh bekas-bekas guru SKPP iaitu en. Zulhazmi, Pn. Salasiah dan Pn. Syafinaz.

Cik How Yock Hong dilahirkan pada 12 Januari 1955 di Sungai Rambai, Melaka. Mendapat pendidikan awal di Merlimau English School yang kini dikenali sebagai SK Merlimau 1. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SM Convent Sacred Heart, Melaka.

Pada tahun 1975, beliau melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Cik How Yock Hong mula mengajar di SM Tengku Bariah, Kuala Terengganu pada 1977. pada tahun 1982, beliau berkhidmat di SM Sungai Rambai sehinggalah ditawarkan jawatan GPK Ko-kurikulum di SK Batu Gajah pada tahun 2002.

Mula berkhidmat di SK Parit Penghulu pada 2004 sehinggalah tamat perkhidmatannya. Warga SKPP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan beliau selama ini dalam bidang pendidikan. elamat maju jaya.

Read more...

CUTI PERSEKOLAHAN 2010

Cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada 20 November 2010 sehingga 2 Januari 2011. Selamat bercuti kepada semua pelajar SK Parit Penghulu. Jumpa lagi tahun 2011.

Read more...

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010




hari Anugerah Cemerlang SKPP 2010 telah diadakan pada 15 November 2010 (Isnin) jam 9.00 pagi bertempat di kantin baru SKPP. Para pelajar diberi pelbagai anugerah dan hadiah kerana pencapaian dan sumbangan mereka kepada Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
Antara anugerah yang disampaikan ialah kepada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, pembantu kedai sekolah, kadudukan dalam kelas, matapelajaran terbaik dan sebagainya.
Kehadiran ibu bapa dan En. Bahari b. Ahmad selaku Yang DiPertua PIBG SKPP memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang boleh dikategorikan sebagai tokoh dalam SKPP antaranya ialah :
1. Siti hajar bt. Amerodin (Anugerah Khas PPKI SKPP)
2. Syafqah Adha bt. Zawawi (Tokoh NILAM 2010)
3. Muhammad Ammar Muaz b. Lukman (Tokoh Kokurikulum 2010)
Selain itu, terdapat dua orang pelajar yang megharumkan nama SKPP kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010 iaitu :
1. Fasehah Nur bt. Ismail
2. Nur Iliyana bt. Abu Bakar

Read more...

LATIHAN KEBAKARAN 2010




Latihan kebakaran dan kecemasan telah diadakan di SK Parit Penghulu pada 10 November 2010. "Loceng gila" dibunyikan pada jam 9.00 pagi menandakan berlakunya 'kebakaran' di sebuah bangunan sekolah. Serentak dengan itu para pelajar dan guru-guru bergegas ke lokasi yang lebih selamat mengikut pelan kebakaran yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Pasukan bomba dan penyelamat dari Merlimau bergegas ke lokasi kejadian untuk 'memadamkan kebakaran' yang berlaku.
Semasa latihan tersebut, anggota bomba dan penyelamat telah memberi tunjuk ajar serta teknik-teknik yang betul untuk memadamkan kebakaran.
Terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat Merlimau.

Read more...

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2010 BERSAMA SCHOLASTIC MALAYSIA







Para pelajar SK Parit Penghulu telah berjaya menyahut cabaran menyertai Program Kem Membaca 1Malaysia bersama Scholactic Malaysia pada 8 November 2010. Program ini diadakan untuk mencipta nama dalam Malaysian Books of Records. Sasarannya ialah seramai 350,000 orang pelajar dari 1000 buah sekolah seluruh Malaysia menyertai program tersebut.
Seramai 286 orang pelajar menyertai program yang diadakan di tapak perhimpunan jam 8.30 pagi. Para pelajar dan guru-guru menghabiskan masa selama 2,010 saat (33.5 minit) membaca pelbagai jenis buku untuk mencapai hasrat tersebut. Para pelajar yang berjaya menyertai program ini dianugerahi sijil penyertaan. maklumat lanjut boleh didapati di http://scholactic-asia.com/read2010/

Selain itu diadakan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai program yang diatur sebelum ini.
Tahniah kepada semua warga SKPP.

Read more...

LAWATAN KE TAMAN BUAYA, MELAKA

Seramai 40 orang pelajar dan 6 orang guru Tahun 6 SK Parit Penghulu telah berkunjung ke Taman Buaya, Melaka pada 20 Oktober 2010.
Lawatan ini melibatkan pelajar tahun 6 sempena berakhirnya UPSR 2010.
Para pelajar dan guru-guru dapat mempelajari tentang kehidupan buaya serta hidupan lain di taman ini.
Selain itu, semua peserta rombongan berpeluang merehatkan fikiran dengan aktiviti mandi-manda di kolam mandi yang tersedia di situ.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru terutamanya Pn. Hjh. Norhayati dan Cik Norasmahirniza kerana sudi memberikan sumbangan wang tunai untuk menjayakan program ini.




Read more...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM




Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu menganjurkan perkhemahan semua unit beruniform pada 14 dan 15 Oktober 2010 bertempat di Kem Modal Insan, Parit Penghulu. Unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Puteri Islam.
Seramai 125 peserta mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Pelbagai program telah diikuti oleh para pelajar antaranya memancing, mendirikan khemah, mengembara, permainan pancaindera, nyanyian lagu-lagu patriotik dan sebagainya.
Pihak sekolah berharap program ini memberi manfaat dan pengalaman yang berguna kepada para pelajar. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru dan fasilitator yang terlibat menjayakan program tersebut dan tidak lupa kepada para penderma yang sudi menghulurkan sumbangan.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP