5 EFISIEN TERBAIK DISIPLIN FEBRUARI


Purata 0.22 atau 22.2% rekod disiplin telah melayakkan Tahun 5 Efisien dianugerahkan kelas yang paling berdisiplin bulan Februari. Program yang dianjurkan oleh unit disiplin ini adalah untuk mengawal disiplin serta tingkah laku pelajar SKPP agar menjadi pelajar yang berdedikasi serta mempunyai daya tahan yang tinggi. Setiap kelas dibekalkan dengan buku rekod disiplin yang akan diisi oleh semua guru yang mengajar kelas tersebut.
Tahun 3 Cerdas pula merekodkan disiplin yang kurang memuaskan dengan purata 1.05, justeru itu mereka telah diberi teguran agar meningkatkan tingkahlaku mereka.





Read more...

PINJAMAN TERBANYAK FEBRUARI




Pusat Sumber SKPP menganjurkan Program Pinjaman Buku Terbanyak Bulanan yang telah bermula pada 1 Februari yang lalu. Setelah diambil kira jumlah pinjaman mengiku kelas, Tahun 3 Cemerlang telah dinobatkan sebagai johan pinjaman untuk Tahap 1 dengan jumlah pinjaman sebanyak 27 buah buku manakala Tahun 6 Fathonah pula dinobatkan sebagai johan Tahap 2 dengan jumlah pinjaman sebanyak 130 buah buku.
Kedua-dua kelas ini menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meminjam serta mengulangkaji pelajaran bagi menambah ilmu pengetahuan mereka. Justeru itu, mereka layak mendapat piala pusingan serta hadiah iringan.
Selain itu, PSS SKPP juga tidak lupa untuk memberikan hadiah kepada peminjaman terbanyak bulan Februari iaitu Roza Norzaqiah bt. Zamani dari kelas 3 Cemerlang dengan jumlah pinjaman sebanyak 10 buku dan Siti Aisyah bt. A. Razet dengan jumlah pinjaman 80 buah buku.
Tahniah kepada yang berjaya dan semoga menjadi perangsang kepada para pelajar yang lain.

Read more...

MERENTAS DESA SKPP




Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu khususnya dari unit Kokurikulum mengadakan Kejohanan Merentas Desa pada 8 Febuari 2010 jam 3.30 petang.
Senarai pemenang adalah seperti berikut :
KATEGORI LELAKI "A"
1. Norazfa b. Shahril (Merah)
2. Mohd Azrin b. Mohd Addir (Biru)
3. Mohd Shahrizan b. Jasmin (Biru)
4. Mohd Alif b. Monjani (Kuning)
5. Norfarhan Diwani b. Lailan (Kuning)
6. Mohd Hazrisham b. Mohd Khalim (Kuning)
7. Mohd Nur Amin b. Amran (Biru)
8. Mohd Izam b. Mohd Ibrahim (Kuning)
9. Mohd Asri b. Hussin (Merah)
10. Mohd Khairul b. Abdullah (Hijau)
KATEGORI PEREMPUAN "A"
1. Nur Zariqha bt. Zamani (Hijau)
2. Siti Fatimahtuzzahra bt. Asran (Kuning)
3. Siti Nur Ain bt. Norhanafee (Biru)
4. Raja Nor Nabila Atikah bt. Raja Mohd Shahrul Nizam (Merah)
5. Nurul Hidayah bt. Mohd Kamaruzaman (Hijau)
6. Nurul Syahidah bt. Khairul Anuar (Kuning)
7. Nur Iliyana bt. Abu Bakar (Hijau)
8. Munirah bt. Mun (Biru)
9. Nur Fathirahsyah bt. Abu Othman (Merah)
10. Nor Asmaniza bt. Sukran (Biru)
KATEGORI LELAKI "B"
1. Raja Fitri Hakim b. Raja Mohd Shahrul Nizam (Hijau)
2. Mohd Nur Faizuddin b. Nazarudin (Merah)
3. Muhd Faiz b. Kamal (Biru)
4. Muhd Buhairi b. Monjani (Biru)
5. Muhd Firdaus b. Kamaruzaman (Merah)
6. Muhd Arif b. Zakaria (Hijau)
7. Putera Muhd Syibli b. Jamil (Biru)
8. Muhd Raihan b. Mansor (Kuning)
9. Muhd Syafiq b. Geofrey (Hijau)
10. Muhd Aiman b. Amran (Merah)
KATEGORI PEREMPUAN "B"
1. Nurul Syamimi bt. Hamizad (Hijau)
2. Nur Syazrah Aina bt. Mohd Khalim (Hijau)
3. Hani Azra Fareena bt. Hasmizam (Hijau)
4. Zarifatun Najiha bt. Hasan (Kuning)
5. Nur Farhana Hanani bt. Lailan (Kuning)
6. Nur Fatihah bt. Sazali (Merah)
7. Siti Nur Hanis bt. Mohd Kheirudin (Merah)
8. Khairun Najah bt. Asran (Merah)
9. Nur Iqamalia Anis bt. Rosli (Biru)
10. Nor Farisha Affin bt. Razali (Kuning)

Read more...

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010







Pusat Sumber SKPP telah melancarkan Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) pada 8 Febuari 2010. Majlis ini diadakan pada jam 8.00 pagi bertempat di tapak perhimpunan SKPP.
Program ini dijalankan untuk memupuk minat membaca dan mencatat bahan bacaan tersebut sebagai bukti bacaan mereka.
Terdapat beberapa kategori yang boleh dicapai oleh pelajar dalam program NILAM ini. Pelajar yang mencatat bahan bacaan sebanyak 90 buah buku akan dianugerahkan pingat gangsa, 180 buah buku mendapai pingat perak, pingat emas sebanyak 270 buah buku dan 360 buah buku akan memperolehi pingat emas.
Selain itu, PSS SKPP juga menganjurkan pertandingan pinjaman buku terbanyak setiap bulan kepada semua kelas. Kelas yang membuat pinjaman buku terbanyak pada setiap bulan akan mendapat piala pusingan dan hadiah iringan.
Guru-guru mengharapkan budaya membaca dapat dipupuk dikalangan pelajar SKPP.

Read more...

PELANTIKAN PENGAWAS 2010




Para pengawas di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu iaitu pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah dilantik secara rasminya pada 18 Januari 2010 yang lalu.
Majlis ini diadakan serentak dengan perhimpunan mingguan sekolah dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Parit Penghulu iaitu Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar. Beliau berharap semua pengawas yang telah dilantik ini akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Selain itu, para pengawas juga diharapkan menjadi mata dan telinga kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah ini.
Terima kasih kepada semua AJK yang telah berjaya menyempurnakan majlis pelantikan pengawas ini dan ucapan syabas juga kepada semua pengawas yang dilantik.

Read more...

UJIAN DIAGNOSTIK 2010




Para pelajar SK Parit Penghulu menduduki ujian Diagnostik pada 12 hingga 13 Januari 2010. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman dan pengetahuan sedia ada pelajar tentang matapelajaran yang bakal dipelajari pada tahun 2010 ini. Semua pelajar tahun 2 hingga tahun 6 menduduki ujian diagnostik ini. Selamat maju jaya kepada semua pelajar.

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pelajar dan guru-guru SKPP. Semoga kedatangan tahun 2010 memberi azam dan semangat baru kepada kita semua. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP