PROGRAM TaHa DI SKPP




9 November 2009 - Ramai ibu bapa dan pelajar SKPP yang berpeluang untuk menyertai Kelab TaHa anjuran Tabung Haji. Pelbagai keistimewaan yang ditawarkan kepada pelajar yang menyertai Kelab TaHa ini seperti potongan harga ke tempat-tempat berikut :
a. PETROSAINS
b. AQUARIA, KL
c. BIRD PARADISE WILDLIFE PARK
d. ZOO MELAKA
e. BUKIT MERAH LAKE TOWN
Akaun simpanan ini amat sesuai untuk adik adik berumur diantara 7 hingga 17 tahun dan akaun Kelab Taha bolehlah dibuka dengan hanya serendah RM 2.00 setiap seorang. Justeri itu, para pelajar boleh mula menyimpan dalam jalan yang halal dan seterusnya memupuk minat untuk menunaikan haji dalam usia muda. Program ini telah berjalan selama 20 tahun namun mungkin kerana kurang promosi oleh pihak berkenaan, program ini kurang dikenali oleh para pelajar
Jadi janganlah biarkan diri kita ketinggalan.. didiklah mereka menabung di usia muda.Sila klik Kelab Taha dan anda akan saya bawa ke "new window" untuk mendapat lebih informasi dari Tabung Haji. Terdapat banyak keistimewaan menanti adik adik yang menjadi ahli nanti.

Read more...

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH




Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah menganjurkan program pengurusan jenazah. Program ini adalah menepati pengisian lepasan UPSR yang bertujuan memberi pendedahan serta ilmu yang sangat berguna kepada para pelajar terutamanya para pelajar tahun 6.
Program ini disampaikan oleh Ustaz Hj. Sulaiman b. Hj. Daud iaitu seorang pesara dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Salah seorang pelajar SKPP iaitu Mohd Fadhli b. Abd. Rashid telah sudi menjadi model jenazah bagi program ini. Kesanggupan dan keberanian beliau amat dihargai dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.
Semoga apa yang dipelajari oleh pelajar dalam program ini mendapat manfaat dan boleh digunakan pada masa akan datang.

Read more...

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS




Seramai 41 orang pelajar SKPP menyertai lawatan ke Bukit Merah Lake Town dan Cameron Highlands pada 30 Oktober hingga 1 November yang lalu. Rombongan ini diiringi oleh 4 orang guru iaitu En. Azli, En. Mohd Nizam, Pn. Siti Zabedah dan Pn. Khairani.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun kepada para peserta lawatan tersebut seperti melawat Taman Eco, melihat pertunjukan haiwan dan mandi-manda di taman tema.

Para peserta juga berpeluang menikmati suasana sejuk dan dingin di kawasan tanah tinggi Cameron. Pengalaman bermalam di Cameron Highlands begitu menyeronokkan peserta lawatan hinggakan ada pelajar yang menggigil kesejukan.
Program yang diatur di Cameron Highlands ialah melawat kilang Teh Boh, melawat ladang lebah dan pasar agro. Pengalaman yang ditunggu-tunggu oleh para peserta rombongan ini ialah memetik sendiri buah strawbery yang terdapat di ladang. Mereka begitu teruja dengan suasana dan pengalaman tersebut.

Read more...

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


Peperiksaan akhir tahun 2009 berlangsung pada 26 Oktober hingga 4 November 2009. Semua pelajar SKPP menduduki peperiksaan tersebut pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Tujuannya untuk menguji tahap penguasaan murid dalam semua mata pelajaran yang telah dipelajari sepanjang tahun 2009.
Semoga semua pelajar berjaya.

Read more...

JOHAN TILAWAH AL-QURAN




Salah seorang pelajar SKPP iaitu Patehah bt. Behzari telah dinobatkan sebagai johan tilawah Al-Quran semasa Ihtifal Khatam Quran Program J-Qaf. Program ini telah dilangsungkan pada 28 Oktober 2009 bertempat di SK Batu Gajah. Lantaran itu, Patehah akan mewakili Kawasan Merlimau untuk pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat negeri Melaka yang akan diadakan pada 11 November 2009 di SK Kem Terendak.
Pada temasya tersebut, SKPP juga telah menghantar beberapa orang wakil untuk kategori yang lain seperti dikir barat dan kuiz J-Qaf dan berjaya juga mendapat saguhati.

Read more...

NAJIHA PENGAWAS PSS TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2009

Unit Media SKPP telah mencalonkan beberapa orang pengawas perpustakaan untuk dinilai sebagai pengawas perpustakaan terbaik sepanjang tahun 2009. Setelah meneliti semua aspek dan tatacara tugasan yang telah ditunjukkan oleh pengawas-pengawas perpustakaan ini, maka pengawas perpustakaan terbaik SKPP sepanjang tahun 2009 telah dianugerahkan kepada Nur Najiha bt. Hj. Razali.
Beliau dipilih kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam tugasannya sepanjang tahun 2009. Hadiah berupa pakej pelancongan secara percuma bernilai RM 125.00 telah disampaikan oleh guru besar SK Parit Penghulu kepada Nur Najiha.
Semoga hadiah ini menjadi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk sama-sama menabur khidmat kepada sekolah.

Read more...

PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA




SKPP menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia untuk mengadakan Kem Membaca 1Malaysia pada 30 Oktober 2009. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan meningkatkan tahap bacaan ilmiah.

Pada majlis tersebut juga, pihak sekolah juga telah menyampaikan beberapa hadiah kepada para pemenang program-program yang berlangsung sebelum ini seperti Program NILAM, Pinjaman Terbanyak Bulanan dan juga Kuiz Lepasan UPSR.

Acara dimulakan dengan bacaan doa taubat dan seterusnya ucapan Perpustakaan dan Media. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Norhayati bt. Abu Bakar selaku guru besar SK Parit Penghulu. Paluan Drum dan bunyi-bunyian yang menarik mengirinya gimik perasmian pada hari tersebut.

Semoga dengan berlangsung program ini, para pelajar lebih berminat untuk memiliki dan membaca bahan bacaan yang menyumbang kepada ilmu pengetahuan.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP