MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PPKI ZON MERLIMAU




Majlis tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat zon Merlimau telah diadakan pada 7 April 2009 bertempat di SMK Seri Mahkota, umbai Melaka. PPKI SK Parit Penghulu telah menghantar seramai 5 orang peserta mengambil bahagian dalam 3 acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah Nabi. Mira Amira bt. Bobby Asmidi telah mendapat johan dalam hafazan dan tempat ke-2 dalam Tilawah Al-Quran bagi kategori perempuan junior. Siti Hajar bt. Amerodin mendapat johan dalam Bercerita kisah Nabi bagi kategori perempuan junior manakala Mohd Hedzir b. Amerodin mendapat tempat ketiga dalam acara yang sama bagi kategori lelaki junior.
Mohd Kamarudin b. Abu Bakar pula mendapat tempat ke-3 dalam tilawah Al-Quran bagi kategori lelaki junior. Seorang lagi peserta iaitu Mohd Asri b. Hussein yang mengambil bahagian dalam kategori Hafazan tidak memperolehi kejayaan pada hai tersebut namun syabas diucapkan atas penyertaan dan usaha beliau. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang serta guru pembimbing iaitu Pn. Khairani bt. Haji Salim.

Read more...

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI
Pn. Hjh. Norhayati bt. Abu Bakar
(Guru Besar)
NAIB PENGERUSI
Pn. Hjh. Rajmah bt. Taib
(GPK Kurikulum)
Pn. Hjh. Norfiah bt. Abd. Hamid
(GPK HEM)
Cik How Yock Hong
(GPK Kokurikulum)
SETIAUSAHA
En. Mohd Azli b. Muda
(Guru Perpustakaan dan Media)
PENOLONG SETIAUSAHA
En. Samsudin b. Atan
AHLI JAWATANKUASA
Cik Norasmahirniza bt. Othman (Bahasa Melayu)
Pn. Fauziah bt. Idris (Bahasa Inggeris)
Pn. Zalila bt. Md. Yassan (Matematik)
Pn. Suraziah bt. Kiran (Sains)
Pn. Salasiah bt. M. Ommar (Pendidikan Agama Islam, B.Arab & j-Qaf)
Pn. Hjh. Rajmah bt. Taib (Kajian Tempatan)
Pn. Hjh. Norfiah bt. Abdul Hamid (Pendidikan Seni Visual)
Pn. Anura bt. Hasan (Pendidikan Muzik)
En. Mohd Zulkarnain b. Suleiman (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
Pn. Umi Kalsum bt. Latip (Sivik & Kewarganegaraan)
En. Zulhazmi b. Muiddin (Kemahiran Hidup)

Read more...

JOHAN PERBARISAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Sungai Rambai, Melaka telah diadakan pada 11 April yang lalu. Perarakan bertempat di SMK Sungai Rambai dan bergerak melalui jalan raya menuju ke dataran budaya Sungai Rambai yang terletak berhampiran sungai Muar.
Banyak pasukan yang menghantar peserta untuk perarakan tersebut dan salah satunya pasukan dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu yang disertai oleh 30 orang pelajar yang kebanyakannya dari unit Pengawas Perpustakaan serta beberapa pelajar yang lain.
Dalam pertandingan perbarisan tersebut, pasukan ini telah dinobatkan sebagai johan perbarisan kategori sekolah rendah yang menawarkan hadiah sebanyak RM400.00. Semoga kejayaan ini menyuntik semangat pelajar-pelajar yang lain.

Read more...

KUIZ KESIHATAN NAIB JOHAN LAGI











Pertandingan Kuiz Kesihatan peringkat separuh akhir negeri Melaka telah diadakan pada 31 Mac yang lalu bertempat di Dewan Bestari, Jabatan Pelajaran Melaka Bukit Baru. SK Parit Penghulu telah diwakili oleh empat orang pelajar iaitu Nadzirah bt. Rasol, Muhammad Ikmal Hisyam b. Zakaria, Farah Najwa bt. Ishak dan Fateh Farhani bt. Mohd Radzi.

SK Parit Penghulu mendapat naib johan dalam acara tersebut dengan pungutan 130 markah manakala johan kategori tersebut ialah SK Merlimau 1 dengan pungutan 132 markah. Lantaran itu, wakil-wakil sekolah ini akan berentap sekali lagi di peringkat akhir negeri Melaka yang akan diadakan pada 29 April akan datang.

Pasukan yang berjaya mendapat johan pada peringkat akhir nanti akan mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kota Kinabalu , Sabah.

Semoga peserta-peserta SKPP ini akan berjaya menggapai kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah juga kepada Pn. Fauziah bt. Idris yang telah bertungkus-lumus memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada keempat-empat wakil SKPP ini.

Read more...

PPKI JOHAN TARIAN




Para pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Parit Penghulu telah menyertai Pertandingan Tarian Kebudayaan Negeri Melaka pada 28 Mac 2009. Pertandingan tersebut diadakan di SK Merlimau.
Sekalung tahniah kepada 6 orang pelajar PPKI yang telah berjaya diktiraf sebagai Johan Pertandingan Tarian Kebudayaan Zon Merlimau 2009. Tahniah juga kepada semua guru SKPP khasnya guru-guru unit PPKI yang bertungkus-lumus melatih serta memberi dorongan kepada pelajar-pelajar tersebut sehingga dapat mengecapi kejayaan tersebut.

Read more...

PELAJAR SKPP WAKIL RAGBI MSS MALAYSIA




Seorang pelajar SK Parit Penghulu iaitu Muhd Nur Adha b. Mohd Taha telah berjaya mewakili negeri Melaka dalam Kejohanan Ragbi
Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang telah diadakan di Kolej Yayasan Saad, Ayer Keroh Melaka.

Kejohanan ini telah dilangsungkan pada 14 - 21 Mac yang lalu. dalam temasya tersebut, negeri Melaka telah mendapat Naib Johan kategori Bowl. Perlawanan akhir itu menemukan Melaka dengan negeri Perlis dengan kedudukan 25-32.

Tahniah dan syabas kepada Mohd Nur Adha,semoga kejayaan ini menyuntik semangat pelajar-pelajar SKPP yang lain.

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA SKPP MERIAH







26 Mac 2009- SK Parit Penghulu telah mengadakan Kejohanan Olahraga bertempat di padang sekolah berkenaan. Kejohanan tersebut telah bermula pada jam 2.00 petang dengan perarakan masuk peserta perbarisan diiringi dengan pasukan pancaragam yang didatangkan khas dari Sekolah Menengah Henry Gurney, Melaka.
Antara pasukan-pasukan yang bertanding ialah Rumah Syahbandar (Biru), Rumah Bendahara (Kuning), Rumah Temenggong (Hijau) dan Rumah Laksamana (Merah). Kesemua pasukan begitu bersemangat dan rajin berlatih untuk mendapat kejayaan yang terbaik.
Rumah Bendahara (Kuning) telah menggondol johan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga SKPP 2009 manakala Rumah Syahbandar (Biru) telah diisytiharkan pemenang pertandingan khemah tercantik. Sementara itu, Rumah Laksamana (Merah) telah dinobatkan sebagai johan perbarisan.
Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru dan kakitangan SK Parit Penghulu yang telah bertungkus-lumus menjayakan temasya tersebut.
gai

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP