LAWATAN KE ZOO MELAKA DAN TAMAN BUAYA

Sempena UPSR yang berlangsung pada 10 - 12 September 2013, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk membawa sejumlah pelajar melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Melaka. Tempat-tempat menarik yang dimaksudkan ialah Zoo Melaka dan Taman Buaya, Melaka.


Seramai 91 orang murid Tahap 1 dan 10 orang guru diberi peluang mengadakan lawatan ilmiah ke Zoo Melaka pada 10 September. Mereka dapat mempelajari tentang kehidupan haiwan-haiwan liar secara lebih dekat dan menyeronokkan. Murid-murid Tahap 2 pula di bawa ke Taman Buaya pada 12 September. Para pelajar ini begitu seronok dapat berkunjung ke tempat tersebut. Selain itu, mereka juga dapat merehatkan minda dengan melakukan aktiviti mandi-manda di kolam renang yang terdapat di Taman Buaya Melaka.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK PARIT PENGHULU

30 OGOS 2013 - Suasana keceriaan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. SKPP mengambil peluang sebegini untuk mengeratkan silaturrahim dan jalinan kemesraan antara murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa.
Inisiatif mengadakan jamuan hari raya ini dicetuskan oleh Panitia Pendidikan Islam serta kerjasama Kelab Keluarga SK Parit Penghulu. Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah yang istimewa seperti ketupat, rendang, satay, kuih-muih dan sebagainya.


Kemeriahan rumah terbuka SKPP ini jelas kelihatan dengan adanya kerjasama semua pihak. Tidak ketinggalan juga adanya acara permintaan lagu kepada rakan-rakan serta guru-guru. Juruhebah yang bertugas pada hari tersebut begitu ceria dan membuatkan para tetamu terhibur semasa majlis tersebut berlangsung.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

AMBANG MERDEKA 2013

30 OGOS 2013 - Sempena 56 tahun kemerdekaan negara Malaysia pada tahun ini, SKPP telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk sama-sama memeriahkan sambutannya. Tema sambutan hari kemerdekaan tahun ini ialah "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku".
Warga SKPP memberi sambutan hangat pada setiap pertandingan yang dianjurkan seperti mewarna, melukis poster, koir lagu-lagu patriotik dan sebagainya.


Kemuncak acara ambang merdeka pada tahun ini ialah majlis penutupannya yang telah disempurnakan oleh Puan Joriah bt. Kasir. Beliau sudi meluangkan masa untuk berkongsi cerita dengan para pelajar berkaitan sejarah kemerdekaan negara. Selain itu, beliau juga memberi tunjuk ajar serta pengalaman yang amat berguna kepada murid-murid SK Parit Penghulu.

Berikut ialah senarai nama pemenang beberapa acara sempena ambang merdeka 2013.



1.                MEWARNA TAHAP 1

KEDUDUKAN
NAMA PEMENANG
KELAS
JOHAN
MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN MOHD. ISKANDAR
2 BIJAKSANA
NAIB JOHAN
NURAINA ELIYANA BT. MAT ZAN
PPKI  HARAPAN
KETIGA
MUHAMMAD MUKHLIS PUTRA BIN FAIRUZ
2 BIJAKSANA
SAGUHATI
ABDUL ANIQ DANIEL B. RASLI
PPKI HARAPAN
SAGUHATI
MUHAMMAD NOREMAN
PPKI
SAGUHATI
NUR ATIKAH IZZATI BINTI MAD LOZI
3 CEMERLANG
SAGUHATI
NABILAH NURMU'ADZAH BINTI LUKMAN
1 AMANAH
SAGUHATI
NUR JAZLEY B.  JAMALUDDIN
PPKI HARAPAN
SAGUHATI
NUR IZAH NAZIRAH BINTI RAZALI
1 AMANAH
SAGUHATI
MUHAMMAD HAFIZ DANIAL BIN SAMSURI
2 BIJAKSANA


2.                MEWARNA TAHAP 2

KEDUDUKAN
NAMA PEMENANG
KELAS
JOHAN
SITI NADIAH BINTI LATIF
5 EFISEN
NAIB JOHAN
MUHAMMAD AZERI B. KHAIRUL ANUAR
PPKI GEMILANG
KETIGA
MUHAMMAD IZAMRI BIN JASMIN
4 DEDIKASI
SAGUHATI
NURUL NATHASYA BINTI NOORIZAM
4 DEDIKASI
SAGUHATI
AIN NUR BINTI ISMAIL
5 EFISEN
SAGUHATI
MUHAMMAD HAIZAN HAZRY BIN KAMALRUZAMAN
5 EFEKTIF
SAGUHATI
MUHAMMAD IZZUL ISLAM BIN IBRAHIM
5 EFEKTIF
SAGUHATI
FOZAN ALBAN ISKANDAR BIN MOHD FOZI
5 EFEKTIF
SAGUHATI
MUHAMMAD AIMAN B. HUSSIN
PPKI
SAGUHATI
FAIZZUDDIN B. NAZARUDDIN
PPKI GEMILANG

3.                PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK TAHAP 1

KEDUDUKAN
KELAS
TAJUK LAGU
JOHAN
1 AMANAH
MALAYSIA BERJAYA
NAIB JOHAN
2 BIJAKSANA
KETAHANAN RAKYAT
KETIGA
3 CEMERLANG
MALAYSIA BARU


4.                PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK TAHAP 2

KEDUDUKAN
KELAS
TAJUK LAGU
JOHAN
6 FALAH
KERANAMU MALAYSIA
NAIB JOHAN
4 DEDIKASI
NYALAKAN TEKAD
KETIGA
5 EFISEN
PERWIRAKU


5.                PERTANDINGAN KELAS PATRIOTIK

KEDUDUKAN
KELAS
MARKAH
JOHAN TAHAP 1
1 AMANAH
143
JOHAN TAHAP 2
5 EFISEN
135



Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEPUTUSAN JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-6


26 Ogos 2013 - Setelah mengharungi tempoh hampir 5 bulan, Program Jaguh Sekolah telah melabuhkan tirainya pada 26 Ogos yang lalu. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Zulkefli b. Ismail iaitu Penolong Pengurus MBSB Wilayah Selatan.


Pada musim kali ini, pihak MBSB telah menaja sepenuhnya perbelanjaan sepanjang berlangsungnya program tersebut. Justeru itu, program kali ini dikenali sebagai program "Over The Top MBSB Jaguh Sekolah 2013". Perbelanjaan yang disalurkan oleh MBSB pada musim ini berjumlah RM 4009.00 yang meliputi hadiah dan pelbagai keperluan lain. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak MBSB atas segala sumbangan yang telah disalurkan.
Ibu bapa para pemenang juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis penutupan tersebut. Bersama-sama menjayakan program tersebut ialah unit pendidikan khas SKPP yang juga melangsungkan program yang sama untuk musim keduanya.

Klik disini untuk lebih banyak gambar :

Berikut merupakan keputusan penuh program "Over The Top MBSB Jaguh Sekolah" musim ke-6 tahun 2013.


TAHAP 1


KEDUDUKAN

NAMA PELAJAR
KELAS

MARKAH

JOHAN
1.             Sebuah set “tablet”
2.             Wang tunai RM 50.00
3.             Piala
4.             Kamus
5.             Sijil


NURFARHAN HASIF HAIKAL BIN LAILAN


3C


235
NAIB JOHAN
1.                  Kereta kawalan jauh
2.                  Kamus dwibahasa

JASLINA BINTI SUJAK

3C

190
KETIGA
1.             Set Playstation
2.             Kamus tribahasa


MUHAMMAD SYAHRAN HAKIMI BIN SAMSAIMUN

3C

150
KEEMPAT
1.             Set jam tangan
2.             Kamus peribahasa


NURUL ALIAH  FASIHAH BINTI  MOHD. FAIZ

2B

105
KELIMA
Set Sahibba

MUHAMMAD NASRU FAREEZ BIN BAHARI


3C

90

TAHAP 2


KEDUDUKAN

NAMA PELAJAR
KELAS

MARKAH

JOHAN
1.     Sebuah set “tablet”
2.     Wang tunai RM 50.00
3.     Pakej lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands
4.     Piala
5.     Kamus
6.     Sijil


NURAIN SERINA BINTI HAMDZAH


5A


190
NAIB JOHAN
  1. Kereta kawalan jauh
  2. Kamus dwibahasa

JASMEEN BINTI SUJAK


6A

170
KETIGA
1.     Set Playstation
2.     Kamus tribahasa


SITI NADIAH BINTI LATIF

5A

145
KEEMPAT
1.     Set jam tangan
2.     Kamus peribahasa


SITI NUR FATIN AINA BINTI AZAMAN

5A

140
KELIMA
Set Sahibba

AMIRAH AFIQAH BINTI AMI


5A

120

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP